Selasa, 14 Oktober 2014

PAC arah JPJ jelas harga plat ‘BMW’ ratusan ribu

 
Selain isu nombor pendaftaran kenderaan ia juga berhubung dengan isu pengurusan MySikap yang dikatakan bermasalah.


bmw bida paling tinggi kaya jpj


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan pihaknya akan memanggil pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 5 November ini.

Ia berhubung dengan isu tender pendaftaran nombor kenderaan yang pernah menjadi isu.
Bukan itu sahaja, Nur Jazlan turut menyatakan selain isu nombor pendaftaran kenderaan ia juga berhubung dengan isu pengurusan MySikap yang dikatakan bermasalah seperti yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Sebelum ini, Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad enggan mendedahkan anggota Kabinet, hakim, dan kerabat diraja adalah pemenang bidaan yang tidak dinamakan bagi nombor pendaftaran “BMW”.

Katanya, nama pemenang bidaan itu dirahsiakan adalah prosedur biasa yang diamalkan bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat.

Pembida yang tidak dinamakan itu turut membayar bagi nombor pendaftaran BMW 1, BMW 2, BMW 7, BMW 9 dan BMW 10, namun JPJ enggan mendedahkan jumlah bidaan mereka yang diterima JPJ.

“Mereka bida nombor-nombor pendaftaran itu dan memenanginya. Kami tidak dedahkan nama dan jumlahnya untuk mengelakkan persepsi negatif masyarakat,” kata Ismail.

Selain itu, pada 27 Oktober PAC juga menyatakan bahawa akan memanggil kontraktor Empangan Paya Peda, 28 Oktober pula akan memanggil pihak Kastam, manakala 29 Oktober pula akan memanggil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung urusan hasil papan iklan dan akan memanggil Felcra pada 3 November.

Tiada ulasan: