Isnin, 13 Oktober 2014

Perbicaraan presiden ISMA ditangguh

MALAYSIAKINI



 


Perbicaraan kes hasutan Presiden ISMA, Abdullah Zaik ditangguhkan selepas peguamnya memohon mahkamah menunggu keputusan cabaran Prof Madya Azmi Sharom terhadap kesahan tuduhan hasutan terhadapnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah membenarkan pemohonan peguam Salim Bashir untuk penangguhan perbicaraan dan menetapkan 22 Disember sebagai tarikh sebutan, sementara menunggu keputusan cabaran Azmi itu.

Perbicaraan terhadap Abdullah pada mulanya dijadualkan selama tiga hari.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas tidak membantah penangguhan itu.

Sementara itu, di luar mahkamah, kira-kira seramai 100 penyokong Abdullah Zaik menunggu di luar mahkamah untuk memberi sokongan kepada Abdullah Zaik.

Mereka memegang sepanduk “hormati perlembagaan Malaysia”, “sejarah bukan menghasut” dan “jangan lupa sejarah Malaysia” sebelum mereka bersurai secara aman pada 10 pagi.

Sementara itu, Abdullah Zaik memberitahu kepada pemberita bahawa beliau akan tetap besama Islam dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

"Itu darah daging saya dan tidak mungkin bertolak ansur atau pun kita meninggalkan perjuangan kita kerana itu adalah matlamat hidup kita," katanya selepas prosiding mahkamah.

Tiada ulasan: