Rabu, 15 Oktober 2014

196 buah kedai di Uptown Shah Alam terbakar

HARAKAHDAILY 




 


KUALA LUMPUR: Sebanyak 196 buah kedai di Uptown Seksyen 24, Shah Alam hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Selangorkini, kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi itu mengakibatkan 50 peniaga berputih mata kerana tidak sempat menyelamatkam barang perniagaan mereka.

Anggota Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

Jurucakap bomba berkata, api berjaya dipadamkan sejam kemudian dan kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dijangka melawat lokasi kejadian jam 12.30 tengahari ini. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: