Sabtu, 6 September 2014

Tok Him enggan sokong BN jika hapus Akta Hasutan

MALAYSIAKINI


 


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran tidak akan menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang lagi jika kerajaan menghapuskan Akta Hasutan.

Walaupun mengaku beliau tidaklah begitu berpengaruh, Ibrahim berkata beliau tidak melihat faedah menyokong BN "jika ia sama seperti Pakatan Rakyat".

Bercakap dalam sidang medianya petang ini, Ibrahim berkata tiada faedah beliau menyokong BN jika ia juga menuntut kebebasan mutlak dan meminggirkan perpaduan nasional.

Jelasnya, sokongannya kepada BN selama ini adalah kerana polisi perikatan itu yang mementingkan perpaduan nasional - walaupun adakalanya ia tidak popular.

Sokongan orang ramai pada BN, katanya, bukanlah kepada pemimpin tetapi kepada dasar-dasar mereka selama ini.

Jika Akta Hasutan dihapuskan, BN sama sahaja seperti Pakatan Rakyat yang cuba meliberalkan segala perkara, katanya.

Tiada ulasan: