Khamis, 4 September 2014

Tiada cadangan wujudkan jawatan Timbalan MB Selangor buat masa ini

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic



SHAH ALAM: Tiada cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar buat masa ini, jelas Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Menafikan pernah mendengar cadangan seumpama itu, Iskandar bagaimanapun berkata, ianya akan dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Pakatan Rakyat sekiranya ada dibangkitkan.
 
"Itu kena bincang peringkat atasan. Saya tak dengar lagi. Kalau ada apa-apa pun, kena bincang dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), tengah hari Khamis.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus cadangan itu, yang mana berkemungkinan jawatan tersebut diserahkan kepada PAS sekiranya kerusi menteri besar disandang PKR.
 
Sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga pernah mencadangkan Pakatan Rakyat mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar dalam Selangor.
 
Kata Khalid, sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar, timbalannya boleh mengiringi Sultan Selangor untuk menghadiri majlis yang diadakan di masjid.
 
Katanya, walaupun perkara itu tidak dibincangkan dalam Pakatan Rakyat, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Tiada ulasan: