Selasa, 9 September 2014

Nik Aziz saran Abdul Khalid ambil tindakan perundangan

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sokongan dan nasihat kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan perundangan  ekoran dipecat PKR ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Nasihat ini diberikan kerana tindakan pemecatan dibuat bekas partinya disifatkan sebagai tindakan memalukan.

Nik Aziz-Grafik“Kalau saya jadi Menteri Besar Selangor, saya (akan) bawa kes ini ke mahkamah kerana memalukan saya.

“Kenapa pecat saya (kerana) soal pecat ini bukan perkara main-main, memalukan” katanya kepada media dipetik SuaraTV.

Beliau yang ditemui di Pulau Melaka turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan parti itu yang dilihat membelakangkan PAS dalam membuat keputusan.

“Dua keputusan yang dia (PKR) buat (sebelum ini) tidak diberitahu kepada kami, sebagaimana yang disebut oleh Tok Guru Abdul Hadi.

“Saya merasa risau” katanya lagi.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur PKR yang membuat keputusan tanpa berbicang terlebih dahulu dengan PAS ketika mahu melaksanakan ‘Langkah Kajang’ pada sesi dialog dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu.

“Tiada mesyuarat (perbincangan) sedar-sedar kita (PAS) diberitahu dan kita menyatakan tidak bersetuju.

“Ini bukan caranya, rakyat baru sahaja mengahadapi pilihanraya (umum) kemudian nak adakan pilihanraya (PRK DUN Kajang) pula, ini tidak betul,″ kata Hadi menerusi rakaman video yang dikongsikan di Youtube.

Pada 9 Ogos lalu, parti itu memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor.

LIHAT VIDEO INI
EZY

Tiada ulasan: