MALAYSIAKINI
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata
polis menghormati kuasa kerajaan negeri yang dipilih rakyat mengikut
sistem demokrasi tetapi tindakan tetap akan diambil sekiranya kerajaan
Pulau Pinang melanggar undang-undang negara.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau telah meminta Ketua Polis
Negara dan Ketua Polis Negeri supaya jangan mengambil tindakan terpilih
dalam menguatkuasakan undang-undang.
"Saya sudah nyatakan bahawa dalam bidang keselamatan adalah bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan. Memang kita perlu bantuan NGO (badan bukan
kerajaan), persatuan orang ramai tapi jangan buat persatuan, pasukan
tanpa merujuk kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri)," katanya merujuk
kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.
Polis setia kepada kerajaan yang memerintah selagi tiada pelanggaran
undang-undang tetapi jika undang-undang dilanggar apatah lagi oleh
Anggota Parlimen, Ketua Menteri, Anggota Dewan Undangan Negeri mahupun
orang awam, tindakan akan diambil kerana undang-undang tidak mengenal
sesiapa, katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno
Bahagian Bukit Bendera di Georgetown.
Ahmad Zahid berkata 11 anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah tidak akan terlepas daripada tindakan tegas undang-undang.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan