Rabu, 10 September 2014

IGP, AG dibenar mencelah kes Deepa

MALAYSIAKINI



 
 
 
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan peguam negara dan ketua polis negara menjadi pencelah dalam kes hak jagaan dan pertukaran agama S Deepa melawan N Viran.

Kes hampir sama melibatkan  M Indira Gandhi dan K Pathmanathan daripada Ipoh juga sedang didengar di mahkamah.

Peguam negara dan ketua polis negara memohon menjadi pencelah setelah kes itu membangkitkan persoalan perlembagaan berhubung bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Polis mengalami kesulitan melaksanakan arahan mahkamah dalam kedua-dua kes itu kerana tidak jelas sama bawah bidang kuasa mahkamah yang mana.

Tiada ulasan: