Mat Razi Mat Razi
 
 
 
KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail diumumkan sebagai calon BN untuk PRK Dun Pengkalan Kubor.

Nama Mat Razi diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Khidmat BN Dun Pengkalan Kubor sebentar tadi.

Mat Razi, 49 yang dilahirkan pada 19 November 1965 mula bergiat dalam dunia politik semenjak 1990 sebagai Setiausaha Cawangan Simpangan.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai AJK Umno Bahagian pada tahun 2009 selain menjadi AJK Pemuda Umno pada tahun 2005.

Mat Razi yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah dan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga merupakan  pengasas sebuah sekolah pondok di Kampung Simpangan.