Rabu, 17 September 2014

300 penduduk Gombak berhimpun nyata sokongan pada sultan

MALAYSIAKINI


Seramai 300 penduduk sekitar Gombak mengadakan perhimpunan secara aman semalam bagi menyatakan sokongan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu jawatan menteri besar Selangor.
  
Perhimpunan di Dataran Taman Desa Minang, diketuai Umno Bahagian Gombak dan disertai beberapa NGO, antaranya Persatuan Inspirasi Melayu Gombak (Impak), Persatuan Penduduk Taman Desa Minang dan Persatuan Armada Malaiu (ulang: Malaiu) Malaysia.
  
Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamaruddin berkata perhimpunan itu bertujuan menzahirkan iltizam dan semangat untuk terus mempertahan institusi raja supaya tiada pihak sewenang-wenang berani memperlekeh institusi tersebut.
  
"Jangan sesekali salah guna hak untuk bersuara kerana dalam demokrasi ada suara tertentu yang perlu dihadkan demi menjaga keharmonian dan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.
  
Menyifatkan individu memperlekeh institusi diraja sebagai pengkhianat, Abdul Rahim berkata rakyat harus menghormati institusi itu yang telah wujud ratusan tahun.    - Bernama

Tiada ulasan: