Oleh : Afeeqa Afeera
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyifatkan keputusan Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap beliau dan Rafizi Ramli akan memudahkan mereka terus membongkar salah laku dalam isu projek National Feedlot Corporation (NFC).
Beliau berkata, rakyat masih tertunggu-tunggu faedah daripada projek penuh kontroversi itu yang gagal diselesaikan pihak kerajaan pusat meskipun berulang kali diasak mengenai perkara itu.
Katanya, ia dikuatkan lagi dengan kenyataan kerajaan pusat sebelum ini yang mengesahkan rundingan bersama sebuah syarikat dari luar negara untuk mengambil alih projek itu menemui jalan buntu.
“Kami akan terus memastikan usaha pemulihan ke atas projek ini dapat dilakukan kerana wang yang digunakan perlu dikembalikan untuk mengusahakan projek ini berikutan kegagalan kerajaan berbuat demikian.
“Rakyat masih menunggu faedah terhadap projek ini yang tertangguh sekian lama dan selaku ahli Parlimen, saya dan Rafizi akan meneruskan usaha itu,” katanya.
Kes saman Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.
Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung isu NFC.
Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera tanpa sebarang syarat.-EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan