SPR
YAN - Jari pengundi yang masuk untuk mengundi akan diperiksa supaya bebas dari sebarang dakwat dan sebelum mencelup jari telunjuk kirinya ke dalam botol dakwat yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jika ada pengundi yang enggan jarinya dicelup dakwat, kertas undi tidak akan diberikan.
"Bagi semua pengundi termasuk warga emas, jangan terpedaya dengan permintaan sesetengah pihak yang meminta jari mereka ditanda dengan dakwat sebelum pergi mengundi," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau juga meminta pengundi tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada pihak lain kerana ia mungkin disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan akan menimbulkan masalah pada hari pengundian.
Menurutnya, menjadi kesalahan kepada semua pihak termasuk pengundi di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan jika:
* menjual atau menawarkan untuk menjual mana-mana kertas undi kepada mana-mana orang atau membeli atau menawarkan untuk membeli mana-mana kertas undi daripada mana-mana orang;
* memasukkan ke dalam mana-mana peti undi apa-apa jua selain kertas undi yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dimasukkan olehnya;
* tanpa kuasa yang sewajarnya membawa keluar dari tempat mengundi mana-mana kertas undi atau didapati memiliki mana-mana kertas undi di luar sesuatu tempat mengundi.
Sementara itu, tambah beliau, SPR menyediakan 17 pusat mengundi yang mempunyai 58 tempat mengundi (saluran) sempena PRK Dun Sungai Limau Isnin ini.
Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan pengundi boleh keluar mengundi mengikut kesesuaian masa dalam tempoh berkenan.
Mereka boleh menyemak maklumat pengundian seperti nama pusat mengundi, nombor saluran dan nombor siri mengundi (dalam buku daftar pemilih) melalui beberapa kaedah.
Ia termasuk laman sesawang SPR www.spr.gov.my, menelefon bilik gerakan pejabat pilihan raya Kedah (04-7001313), ibu pejabat SPR (03-8885 6565) atau barung SPR di setiap pusat mengundi pada hari mengundi.
Selain itu, orang ramai boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR
Artikel Berkaitan
- SPR: Jari pengundi akan diperiksa
- PRK Sungai Limau guna dakwat sama di Kuala Besut
- Bajet tiada dalam pertimbangan PRK Sungai Limau
- Speaker Kedah serah notis pengosongan kepada SPR
- SPR warta daftar pemilih tambahan
- Jangan ingat kami peluk tubuh, bidas SPR
- Ambiga: Bersih 4.0 pasti jika SPR terus berdiam
- SPR: 40,000 Bangladesh undi PRU13 adalah bohong
- SPR akan tampal pelekat pada kenderaan konvoi
- SPR jangka 75-80 peratus keluar mengundi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan