Isnin, 4 November 2013

Rasuah & penyelewengan, BN tak layak pimpin negara – Wan Azizah

Oleh Nazar Hashim


YAN : Barisan Nasional (BN) bukan parti terbaik untuk dijadikan teladan sebagai pentadbir negara berikutan pelbagai salah laku dan penindasan ke atas rakyat, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, rasuah yang berleluasa, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pemborosan dan ketirisan sepertimana didedah Laporan Ketua Audit Negara membuktikan BN tidak boleh dibiarkan untuk terus memimpin negara.

WAWI

“Pimpinan BN tidak mementingkan rakyat bawahan dan golongan miskin. Mereka kayakan kaum kerabat dan kroni masing-masing.

“Kenaikan harga barang, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi juga bukti jelas mereka menjadikan rakyat bawahan hanya untuk mendapat undi semata-mata.

“Setelah berjaya mendapat undi, luahan dan keperitan yang ditanggung rakyat mereka ketepikan sebagaimana berlaku sejak kebelakangan ini,” katanya di sesi turun padang pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Sabtu lalu.

Justeru, kata Wan Azizah, BN perlu ditolak secara total sebagai peneraju kepimpinan negara.

Tiada ulasan: