Selasa, 19 November 2013

PKFZ, kisah ketidakcekapan dan pembaziran berjuta

ANALISIS BERITA OLEH MALAYSIAN INSIDER

Banyak pengajaran diperoleh daripada kes PKFZ. 



Banyak pengajaran diperoleh daripada kes PKFZ.Jika terdapat satu pengajaran yang boleh dipelajari daripada kemelut  Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) , ia adalah hakikat sesetengah rakyat Malaysia yang  tidak pernah belajar daripada kesilapan dan terus-terusan membuat kesilapan.

Dan dalam proses itu, pembazirkan berjuta-juta dana awam berlaku.

Semalam, Menteri Undang-undang Nancy Shukri memberitahu Parlimen bahawa Jabatan Peguam Negara tidak merayu terhadap pembebasan Tun Dr Ling Liong dalam skandal PKFZ kerana kemungkinan berlaku sebaliknya adalah "amat tipis".

Beliau berkata ia adalah sukar untuk mempertikaikan keterangan pembelaan saksi - Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) , Tan Sri Fong Chan Onn (bekas Menteri Sumber Manusia) dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (bekas Menteri Pelancongan ).

"Ia adalah mustahil kabinet telah secara palsu dikelirukan untuk membeli tanah, jadi jika ada apa-apa rayuan , ia akan melibatkan fakta dan bukan persoalan undang-undang. Justeru, adalah sukar untuk berhujah mengenai kes itu.

"Berdasarkan faktor-faktor ini , peluang untuk menang adalah sangat tipis dan ia menyebabkan Jabatan Peguam Negara tidak memfailkan rayuan, "katanya bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen semasa Belanjawan 2014 pada peringkat jawatankuasa di Parlimen.

Persoalan utama ialah, sudah tentu AG mampu menyelamatkan jutaan wang kerajaan dan mengelakkan daripada malu besar jika kenyataan Dr Mahathir dan lain-lain menteri diambil sebelum mengambil keputusan mendakwa Dr Ling.

Bukankah itu jelas satu faktor penting? Sebaliknya, pihak pendakwa raya meneruskan juga dan mendakwa Dr Ling ibarat melepaskan batuk di tangga sedangkan menteri-menteri menegaskan mereka tidak ditipu dan sedia maklum mengenainya.

Tidakkah ia kelihatan seperti orang bodoh? Dan memperbodohkan rakyat bahawa tindakan yang diambil adalah untuk memastikan bahawa akan ada hukuman bagi pihak yang menyebabkan kerugian RM12.5 bilion projek yang gagal itu.

Itu adalah risiko dalam memerangi rasuah. Cubaan menangkap kes besar tanpa kepastian akan terdapatnya keadilan.

Apa yang paling utama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lepas tangan atas kekalahan ini kerana dia adalah seorang daripada menteri semasa pemerintahan Mahathir apabila perjanjian PKFZ dibuat.

Kini , ia ibarat satu titik hitam pada pentadbiran beliau sebagai tiada siapa yang berani mendekati atau mendedahkan kebenaran.

Sebaliknya individu yang terlibat dalam skandal PKFZ itu yang pada mulanya berharga RM1.1 bilion tetapi telah melonjak sehingga empat kali ganda kepada RM4.6 bilion menjelang 2007 terlepas.

PKFZ adalah satu kesilapan besar yang merugikan berbilion ringgit wang rakyat.  Kes jenayah pertama PKFZ ini juga satu kesilapan. Adakah kes yang lain juga menjadi kesilapan? Terdapat tiga lagi kes besar yang dalam perhatian selepas pembebasan Dr Ling.

Adakah ketidakcekapan sudah diterima dalam semua urusan kerajaan hari ini? Dan berjuta-juta lagi dibazirkan untuk memperlihatkan kepada rakyat betapa banyak yang telah kerajaan lakukan demi rakyat.

Tiada ulasan: