Pemuda PAS digesa melahirkan seorang pemimpin yang 'cool' dan mampu mendampingi segenap lapisan masyarakat.

NONEPerwakilan Johor Shazni Munir berkata, pengolahan dan penambahbaikan tarbiah anak muda penting untuk menjadikan dewan itu tidak berimej eksklusif sehingga dilihat 'poyo' di mata masyarakat.

"Sekiranya kita terus dilihat sebagai entiti yang berbeza, selagi itulah kita dilihat tidak 'cool' di mata anak muda.

"Cool ini maknanya tidak 'poyo'. Jadi ini adalah perkara yang disukai oleh anak-anak muda," kata beliau ketika membahas ucap utama ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Shazni, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, membandingkan ketokohan Pemuda PAS dengan pemimpin parti muda parti lain seperti Rafizi Ramli (PKR) dan Khairy Jamaluddin (Umno) yang dilihat menjadi 'magnet' anak muda.