Jumaat, 1 November 2013

Perkasa: Gerakan ‘berjaga-jaga’ dalam pilihanraya akan datang

 
Ketua Wira Perkasa Irwan mendakwa, tanpa menamakan sesiapa, bahawa seorang pemimpin tertinggi parti itu telah memberi amaran kepada Perkasa untuk tidak bermain api.




PETALING JAYA: Dalam satu lagi siri pertelingkahan di antara parti Gerakan dan Perkasa, Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris hari ini memberi amaran supaya parti komponen Barisan Nasional itu untuk ‘berjaga-jaga’ dalam pilihanraya akan datang.

Irwan mendakwa, tanpa menamakan sesiapa, bahawa seorang pemimpin tertinggi parti itu telah memberi amaran kepada Perkasa untuk tidak bermain api.

“Kalau nak berperang, sila cakap anytime… Perkasa bukan parti politik dan tak bertanding dalam PRU…tunggu election, bila Gerakan bertanding, tengok nanti,” kata Irwan dalam siaran medianya.

Senada dengan Presidennya Datuk Ibrahim Ali, beliau turut mempersoalkan adakah Gerakan masih lagi relevan setelah gagal merampas kembali Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu mereka pada tahun 60an pada pilihanraya umum yang lalu, .

“Gerakan sudah tidak relevan dalam arena politik Malaysia bilamana peranan parti itu dilihat hanya sekadar mencukupkan kuota dalam pilihanraya.

“Lihat sahaja Pulau Pinang yang telah jatuh ketangan pembangkang walaupun semua maklum bahawa Pulau Pinang adalah kubu kuat bagi Gerakan buat sekian lama. Di situ boleh dilihat kesinambungan Gerakan telah telah terkubur bila mana gagal mempertahankan Pulau Pinang malah gagal juga untuk merampas kembali Pulau Mutiara itu,” ujar beliau lagi.

Irwan turut menggesa Gerakan untuk mencari mekanisma yang lebih logik bagi menjustifikasikan kekalahan teruk mereka dalam pilihanraya umum yang lepas.

“Umum mengetahui bahawa Gerakan didominasi oleh bukan Melayu dan mana mungkin orang Melayu memegang tampuk pimpinan tertinggi di dalam parti itu.

“Siapa yg lebih rasis disini? Dengan secara terang terangan menyalahkan Perkasa atas kekalahan mereka pada PRU-PRU yang lepas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Perkasa kerana secara logiknya tuduhan itu tidak munasabah,” tegasnya.

Perbalahan diantara Gerakan dan NGO ini bermula pada sejak minggu lalu apabila  Pemangku Presiden Gerakan Chang Ko Youn melabel Perkasa sebagai ‘esktrimis Melayu’ dalam ucapan aluannya ketika Kongres Gerakan ke-42 yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.

Chang, antara lain turut mendakwa bahawa Najib tidak pernah menyokong politik perkauman yang diperjuangkan NGO itu.

Ucapan Chang itu dibalas dengan respon yang keras dari Ibrahim, termasuk mengatakan bahawa Perkasa tidak akan teragak-agak untuk menyokong DAP sekiranya Gerakan berterusan menyalahkan mereka sebagai punca kemerosotan kaum Cina.

Tiada ulasan: