Selasa, 12 November 2013

PAS siasat 'kempen gambar anjing' pemilihan Pemuda

 

 
 
Calon ketua Pemuda PAS Zulfahmi Shariff yang menjadi mangsa kempen kotor pemilihan parti itu menyerahkan kepada Pejabat Agung Parti untuk menyiasat dan bertindak terhadap perkara itu.

"Saya telah dihubungi Pejabat Agung PAS berkaitan dengan perkara tersebut dan dimaklumkan bahawa Pejabat Agung PAS sedang mengambil perhatian dan menyiasat perkara tersebut," katanya.

NONEKelmarin, dilaporkan kempen kotor pemilihan PAS dikesan apabila Zulhazmi dipaparkan dengan wajah anjing di sebuah laman kempen di Facebook.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan yang tidak mempertahankan jawatan menyifatkan perkembangan itu sebagai kempen paling keji pernah dilihatnya dalam tempoh 28 tahun beliau menyertai PAS.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Zulhazmi (atas) juga menyifatkan cubaan memburukkannya melalui akaun "Fikrah Islamiah Pilihan Kami" untuk menjejaskan undinya juga tidak akan berhasil.

Bagaimanapun, tambahnya, menang ataupun kalah bukanlah fokus utama baginya, sebaliknya lebih menitikberatkan khidmat yang bakal disalurkan sekiranya memenangi kerusi tersebut.

Aktivis anti saman ekor itu bersaing dengan dua pemimpin Pemuda PAS negeri, iaitu Suhaizan Kaian (Johor) dan Kamaruzaman Mohamad (Wilayah Persekutuan).

Zulhazmi tampil sebagai calon bukan pilihan.

Tiada ulasan: