Rabu, 20 November 2013

Mat Sabu beli bata Mkini, sokong kebebasan media

 

 
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyertai kempen "Buy a brick" (beli bata) sebagai tanda sokongannya kepada laman portal berita bebas Malaysiakini untuk membina pejabat baru di Petaling Jaya, selepas 14 tahun beroperasi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, langkah itu sebagai sokongan beliau kepada kebebasan media yang dipelopori Malaysiakini.

NONETokoh PAS yang mesra dipanggil "Abang Mat" membeli seketul bata yang bakal diukir namanya "Mohd Sabu" susulan kempen yang dilancarkan Jumaat lalu.

"Saya menyokong media bebas. Saya berharap semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat, NGO dan orang perseorangan menyokong konsep media bebas yang dipelopori Malaysiakini.

"Sokong bangunan baru Malaysiakini untuk kakitangannya dapat menjalankan tugas dengan lebih selesa," kata sewaktu berkunjung ke pejabat Malaysiakini di Kuala Lumpur petang ini.

Mohamad merupakan pemimpin PAS pertama tampil menyertai kempen itu.

Ahli politik lain yang turut menyatakan sokongan terhadap kempen itu antaranya Saifuddin Abdullah (Umno), Tony Pua (DAP) and Elizabeth Wong (PKR).

Bangunan yang diberi nama @Kini itu terletak di Business Park PJ51, Seksyen 51, Petaling Jaya, dibeli pada harga RM6.1 juta.

NONEJumlah keseluruhannya termasuk kos ubahsuai serta yuran dan duti peguam, mencecah sekitar RM7 juta.

Setiap penyokong yang membeli bata bernilai RM1,000 akan mendapat langganan dan iklan di Malaysiakini dengan nilai sama, serta seketul bata yang diukir dengan namanya.

Bangunan itu bakal menyediakan ruang untuk Malaysiakini berkembang dalam tahun-tahun seterusnya - dengan ruang kerja, kawasan mesyuarat, bilik latihan dan studio video yang mencukupi.

Malaysiakini memohon sokongan pembaca untuk mengumpulkan RM3 juta dalam masa dua bulan akan datang menerusi kempen "Buy a brick".

Untuk maklumat lanjut tentang bangunan dan cara untuk menyokong Malaysiakini, sila kunjungi http://building.malaysiakini.com.

Tiada ulasan: