Sabtu, 30 November 2013

Kerjasama dalam PR: DAP, PAS, PKR capai keputusan terbaik pada PRU 1999, 2008, 2013 Oleh Lim Kit Siang

Pakatan-Rakyat


KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP, PAS dan PKR mencapai keputusan terbaik peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi kerjasama ketiga-tiga parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2008 dan 2013.

Pada PRU 1999, empat parti Barisan Alternatif (BA) terdiri daripada DAP, PAS, PKR dan Parti Rakyat sebelum dikenali Pakatan Rakyat (PR) terpaksa berdepan cabaran juru strategi dan propaganda UMNO/BN yang menggunakan pendekatan lidah bercabang dalam kempen mereka dengan memberi amaran kepada orang Melayu bahawa “DAP + PAS = Islam Hancur”.

Pada masa sama mereka memberitahu Cina bahawa undi untuk DAP sama dengan undi untuk PAS dan Negara Islam, sebuah negara yang tidak mempunyai babi, alkohol, kuil, gereja, karaoke, dan sekolah Cina; semua perempuannya perlu menutup kepala; perempuan cantik tidak akan mendapat kerja; dan hukuman potong tangan dan kaki akan dilaksanakan.

Umumnya, pengundi Melayu pada PRU 1999 tidak terpedaya dengan helah itu, tetapi pengundi Cina menjadi mangsa pembohongan dan gertakan Barisan Nasional (BN).

PAS pula muncul pemenang terbesar dalam BA apabila berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen, 98 kerusi DUN dan membentuk kerajaan di Terengganu selain mengekalkan Kelantan, manakala DAP berdepan kekecewaan besar apabila mendapat hanya 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN. PKR pula memenangi 5 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Pada PRU 2013, ketika berdepan cabaran Pakatan Rakyat (PR), penyusun strategi dan propaganda UMNO/BN kembali menggunakan pendekatan lidah bercabang dan menyebarkan pembohongan. 

Mereka mengingatkan Melayu bahawa PAS akan menjadi boneka DAP, manakala Cina pula diingatkan bahawa DAP akan menjadi alat PAS.

Tidak seperti PRU 1999, pengundi Cina tidak termakan umpan UMNO/BN pada PRU 2013. Bagaimanapun, tidak seperti PRU ke-10, pembohongan yang disebar UMNO telah memberi dampak pada pengundi Melayu.

Natijahnya, UMNO berjaya mendapat keputusan lebih baik pada PRU-13 berbanding 2009 dengan menambah 9 lagi kerusi, daripada 79 kepada 88 kerusi, hasil perubahan undi di kalangan pengundi Melayu luar bandar.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, berdasarkan sempadan kawasan pilihan raya sekarang, dengan mengambil kira undi 55 peratus sebagai “kerusi selamat”, BN kini mempunyai 82 kerusi selamat dan 51 kerusi majoriti tipis, manakala PR mempunyai 60 kerusi selamat dan 29 kerusi tipis.

Menurutnya, 82 kerusi selamat BN itu merangkumi lima kerusi bandar dan 77 kerusi luar bandar atau 53 kerusi majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, empat campuran dan 25 kawasan Bumiputera.
51 kerusi majoriti tipis BN pula merangkumi 30 kerusi majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, sembilan kerusi campuran dan 12 Bumiputera.

60 kerusi selamat PR merangkumi 16 kerusi majoriti Melayu, 25 majoriti Cina, 18 campuran dan satu Bumiputera. 29 kerusi majoriti tipis PR merangkumi 20 kerusi majoriti Melayu, empat majoriti Cina dan lima campuran.

Keputusan PRU-13 yang menghasilkan 89 Ahli Parlimen PR, merangkumi 38 DAP, 30 PKR dan 21 PAS dieksploit dan diseleweng konspirator UMNO/BN untuk menyebarkan pembohongan, antaranya membuat tuduhan tidak berasas bahawa PAS adalah boneka DAP.

Beliau tidak hairan apabila cybertrooper UMNO menyelewengkan kenyataan saya selepas Muktamar PAS ke-59 untuk menonjolkan seolah-olah saya mengisytiharkan bahawa PAS tidak mungkin berkembang tanpa PR, sedangkan saya menyebut bahawa setiap parti dalam PR iaitu DAP, PAS, dan PKR, mendapat manfaat daripada kerjasama mereka.

PAS berkembang daripada sebuah parti yang lebih berpengaruh di utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, menjadi sebuah “parti nasional” pada PRU-13 apabila memenangi kerusi Parlimen dan DUN di setiap negeri di Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.

Bagi DAP pula, pembabitan dalam PR membolehkan parti itu memenangi 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, termasuk 16 di Semenanjung yang kurang daripada 60 peratus pengundi Cina dan 44 kerusi DUN yang kurang dari 60 peratus pengundi Cina.

Prestasi PKR (1999 hingga 2013)

PKR pula memanfaatkan kekuatan di kawasan “campuran”

seperti DAP dan PAS, PKR juga mendapat manfaat daripada kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
“Kawasan campuran” – di mana tiada pengundi daripada sesuatu kaum lebih dari 60% – dulunya merupakan kubu BN.

Bagaimanapun, kecenderungan UMNO terhadap isu perkauman dan rekod buruk BN dalam urus tadbir dimanfaatkan pembangkang untuk menawan majoriti kerusi campuran di Semenanjung.

PKR memanfaatkan mesej PR yang inklusif serta keupayaan bergerak setiap parti untuk memenangi kerusi campuran sejak dua PRU lalu.

Pada 1999, satu-satunya kerusi Parlimen dimenangi PKR yang mempunyai kurang daripada 70% pengundi Melayu adalah Permatang Pauh (67% Melayu). Satu-satunya kerusi negeri dimenangi PKR yang mempunyai kurang daripada 70% pengundi Melayu adalah Penanti (68% Melayu) yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.

Tsunami Abdullah Badawi pada 2004 merebahkan PKR sehingga tinggal satu kerusi Parlimen – Permatang Pauh.

Bagaimanapun, pada 2008, PKR muncul sebagai parti pembangkang terbesar dengan memenangi 31 kerusi Parlimen. 20 daripada 31 kerusi Parlimen yang dimenanginya (65%) itu adalah kerusi campuran di mana pengundi Cina atau Melayu kurang daripada 60%. Daripada 40 kerusi negeri yang dimenangi PKR pada 2008, 29 (73%) adalah kerusi campuran.

Pada 2013, PKR memenangi 28 kerusi Parlimen di Semenanjung. 22 (79%) daripadanya adalah kerusi campuran. 29 (69%) daripada 42 kerusi negeri yang dimenangi PKR pada 2013 adalah kerusi campuran (lihat Jadual 1).

Jadual 1: Bilangan kerusi parlimen dan DUN yang dimenangi PKR (1999 hingga 2013) termasuk angka dan % kerusi yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Melayu dan Cina (Semenanjung Malaysia).

PKR Semenanjung
1999
2004
2008
2013
Parlimen
5
1
31
28
DUN
4
0
40
42
Parl, <60 p="">
0
0
20
22
Negeri, <60 p="">
0
0
29
29
Parl campuran %


64.5%
78.6%
DUN campuran %


72.5%
69.0%

Daripada empat kerusi Parlimen yang dimenangi PKR pada PRU 2013 dan tidak dimenanginya pada PRU 2008, tiga daripadanya boleh disifatkan sebagai kerusi campuran iaitu Lumut, Bukit Katil dan Batu Pahat. Kerusi keempat, Alor Setar, tidak termasuk dalam kategori campuran, tetapi hanya 61% daripada pengundinya adalah Melayu (lihat Jadual 2 di bawah).

Jadual 2: Kerusi parlimen baru dimenangi PKR dalam PRU 2013
Negeri
Kod Parlimen
Kerusi Parlimen
% Melayu
% Cina
% India
% Lain-lain
KEDAH
P009
ALOR STAR
61.2%
33.6%
4.6%
0.5%
PERAK
P074
LUMUT
51.1%
35.4%
12.0%
1.5%
MELAKA
P137
BUKIT KATIL
52.6%
40.8%
5.7%
1.0%
JOHOR
P150
BATU PAHAT
51.5%
45.6%
1.4%
1.5%

Ini adalah sebahagian daripada rumusan kemenangan PKR iaitu kemampuannya mengumpul sokongan pengundi daripada semua kaum dengan memanfaatkan daya tarikan dan keupayaan mobilisasi ketiga-tiga parti PR.

Rumusan kemenangan ini paling menguntungkan PKR, namun ia boleh juga diterapkan kepada PAS dan DAP. Malah, pada PRU 2013, PR memenangi 41 (66%) daripada 62 kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi Melayu dan Cina kurang daripada 60%. 22 daripada 41 kerusi itu dimenangi PKR, DAP (16) dan PAS (3).

Cabaran PR pada PRU akan datang ialah untuk mengembangkan rumusan kemenangan ini ke-21 lagi kerusi Parlimen campuran.
Johor memerlukan perhatian kh
usus memandangkan 12 daripada 21 kerusi Parlimen itu terletak di Johor.

PR kalah tipis di beberapa kerusi campuran pada PRU-13, termasuk Cameron Highlands, Bentong, Labis, dan Pasir Gudang. Semua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti undi kurang daripada 1,000.

Empat lagi kerusi – Setiawangsa, Segamat, Ledang, Tebrau – dimenangi BN dengan majoriti antara 1,000 hingga 2,000 undi.

Satu lagi cara menunjukkan ketiga-tiga parti PR mendapat manfaat daripada kerjasama dalam PR ialah menerusi jadual di bawah yang menunjukkan keputusan pilihan raya sejak 13 PRU lalu.

Jadual di bawah menunjukkan kerjasama ketiga-tiga parti pada PRU 1999, 2008, dan 2013 membolehkan DAP, PAS dan PKR mencapai keputusan terbaik di peringkat Parlimen dan DUN.-Roketkini.com

Parlimen
DAP

PAS

PKR

Jumlah kerusi

menang
bertanding
menang
bertanding
menang
bertanding

1959
-
-
13
58
-
-
104
1964
-
-
9
53
-
-
104
1969
13
24
12
62
-
-
144
1974
9
46
-
-
-
-
154
1978
16
53
5
88
-
-
154
1982
9
63
5
82
-
-
154
1986
24
64
1
98
-
-
177
1990
20
57
7
30
-
-
180
1995
9
50
7
45
-
-
192
1999
10
38
27
62
5
58
193
2004
12
44
6
86
1
59
219
2008
(1+) 28
47
(1+) 23
66
31
97
222
2013
38

21

30

222
DUN
DAP

PAS

PKR

Jumlah kerusi

menang
bertanding
menang
bertanding
menang
bertanding

1959
-
-
42
200
-
-
282
1964
-
-
25
158
-
-
282
1969
31
57
40
185
-
-
360
1974
23
120
-
-
-
-
360
1978
25
127
9
204
-
-
276
1982
12
131
18
223
-
-
312
1986
37
118
15
265
-
-
447
1990
45
87
33
114
-
-
447
1995
11
103
33
171
-
-
394
1999
11
88
98
234
4
70
394
2004
15
104
36
265
0
121
505
2008
73
102
84
232
40
176
505
2013
95
103
85
236
49
172
505

Tiada ulasan: