Ahad, 24 November 2013

Kenaikan nilai hartanah 10% dalam lima tahun bagi pastikan kadar berpatutan, kata Abdul Khalid

OLEH YISWAREE PALANSAMY

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) gesa DBKL untuk menjelaskan mekanisme kira kenaikan nilai hartanah. Gambar The Malaysian Insider oleh Yiswaree Palansamy, 23 November, 2013.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) gesa DBKL untuk menjelaskan mekanisme kira kenaikan nilai hartanah. Gambar The Malaysian Insider oleh Yiswaree Palansamy


















 

Pakatan Rakyat mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengkaji peningkatan kadar hartanah sebanyak 10% bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melihat kadar itu berpatutan kepada setiap orang.

Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau bersama beberapa ahli parlimen dari Kuala Lumpur akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menunjukkan menteri itu cara pentadbiran Selangor.

"Saya akan meminta beliau mempertimbangkan cadangan saya kepada pemilik hartanah semasa semasa pertemuan dengannya selepas 17 Disember," katanya selepas menghadiri pertemuan bersama penduduk di Cheras yang menyerahkan bantahan berhubung kenaikan cukai pintu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menetapkan 17 Disember sebagai tarikh akhir pemilik hartanah bagi mengemukakan bantahan.

Khalid yang juga merupakan Menteri Besar Selangor berkata DBKL perlu menjelaskan mekanisme yang digunakan untuk mengira kenaikan nilai hartanah yang turut menyebabkan kenaikan cukai pintu.

"Inilah sebabnya mengapa rakyat terus curiga berhubung perkara yang tidak diketahui prosesnya," katanya kepada pemberita.

Berhubung kenyataan Tengku Adnan yang berkata cadangan itu bagi membantu pemilik hartanah menilai semula hartanah mereka, Khalid berkata: "Jangan cakap banyak. Cari penyelesaian untuk kurangkan cukai.”

"Kerajaan juga tidak harus mengikat harga hartanah dengan kadar inflasi kerana peningkatan harga hartnah berlaku dengan cepat,” tambahnya.

Khalid berkata DBKL tidak perlu meningkatkan cukai pintu hingga 300%.

"Ia mesti sepadan dengan perkhidmatan DBKL. Teruskan menghantarkan bantahan kepada mereka dan katakan perkhidmatan mereka masih tidak memuaskan dan cukai perlu dikurangkan. Mereka belum lagi menunaikan janji," katanya.

Khalid berkata DBKL telah membuat dua kesilapan besar dengaan mengkaji semula nilai hartanah yang sekaligus meningkatkan kadar cukai.

"Pertama, mereka perlu mengadakan taklimat bagi menambah pemahaman pemilik.

"Kedua, DBKL membebankan warga kota dengan peningkatan ini yang dilihat tidak adil mengkaji selepas 21 tahun," katanya.

Khalid berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk mencatatkan usul itu dalam usul Perlembagaan agar kenaikan itu hanya berlaku dalam tempoh lima tahun lagi dengan kadar 10%.

Ketika ditanya kebarangkalian warga kota akan berpindah ke Selangor akibat peningkatan cukai itu, Khalid berkata Selangor pun menghadapi dilema harga hartanah.

"Tiada masalah jika mereka berpindah," katanya.

Tiada ulasan: