Ahad, 10 November 2013

Kemiskinan bandar tidak mengenal bangsa

FREE MALAYSIA TODAY

Perangkaan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri jumlah keseluruhan isirumah tegar di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak ialah 15,805.




PETALING JAYA:  Kemiskinan tidak mengenal kaum dan agama. Tetapi jika bandar-bandar besar masih ramai golongan miskin ia sesuatu yang malang.

Namun kenyataannya kemiskinan bandar tidak menenal bangsa dan agama.

Menurut perangkaan yang diberikan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri jumlah keseluruhan isirumah  tegar di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak ialah 15,805.

Manakala jumlah isi rumah miskin pula ialah 108,000. Isi rumah miskin tegar di Sabah ialah 8,457  dan di Sarawak ialah 1,801. Bagi isi rumah miskin  pula Sabah mencatatkan jumlah terbesar iaitu 42,400 diikuti oleh Sarawak 12600.

Dalam kata lain, jumalh isi rumah miskin tegar  di Malaysia Timur ialah 10, 258 iaitu 64.9%, manakala isirumah miskin bagi kedua-dua negeri tersebut ialah 55, 000 iaitu 51.11%.

Daripada perkiraan itu, jumlah keseluruhan isi rumah miskin tegar di Semenanjung Malaysia ialah 5, 547dan  jumlah  isi rumah miskin pula ialah 53, 000. Satistik-statistik ini membuktikan bahawa sebahagian besar daripada golongan berpendapatan rendah adalah daripada Sabah dan Sarawak.

Negeri yang mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin yang terbanyak di Semenanjung Malaysia ialah Negeri Kelantan iaitu 1, 048 dan 8, 800 masing-masing.

Mengikut Unit Perancang Ekonomi (EPU), pendapatan garis kemiskinan pada tahun 2009 bagi setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia adalah RM763 untuk dianggap ‘miskin’; manakala di Sarawak RM912 dan di Sabah RM1048.

Apa pun kemiskinan di bandar  lebih perit dan lebih terasa bebanding di kampung dan kawasan pendalaman.

Tiada ulasan: