Syahirah 
 
Syahirah


SHAH ALAM – Seorang gadis berusia 19 tahun dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, di Klang.

Mangsa, Nurul Syahirah Sarif terakhir kali dilihat berjalan kaki seorang diri selepas berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya.

Selepas pertengkaran tersebut, rakan-rakannya dikatakan mengejar mangsa namun pelajar jurusan perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu gagal dikesan.

Mangsa dikatakan keluar makan malam bersama tiga orang rakan bagi meraikan hari jadinya di sebuah restoran yang terletak di Bukit Tinggi 2, Klang.

Laporan polis telah dibuat semalam pada jam 9.30 malam.

Telefon bimbit mangsa tidak dapat dihubungi bermula jam 11 malam pada hari kejadian.