Rabu, 20 November 2013

Belanjawan Selangor 2014 : Majlis Pengangkutan Awam Selangor atasi kesesakan lalu lintas

Oleh : Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Pengangkutan Awam Selangor (Selangor Public Transport Council) dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu adalah bagi memastikan pelan tindakan negeri boleh dilaksanakan tanpa mendapat tentangan daripada kerajaan pusat.

khalid songkok dun-2

Katanya, satu kaji selidik berkenaan corak penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja di kalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sudah dilaksanakan sebagai langkah awal, baru-baru ini.

“Sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan negeri sedang memperhalusi cadangan memberi rebat atau sebarang insentif lain kepada kakitangan kerajaan yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke bangunan terbabit. Hasil kaji selidik ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2014 di Dewan Negeri, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, agensi negeri serta syarikat swasta lain disaran mempertimbangkan pemberian faedah yang sama kepada kakitangan masing-masing demi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan kesan karbon sejajar dengan matlamat memelihara alam sekitar.

Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM121 juta kepada Jabatan Kerja Raya negeri bagi satu siri projek dan program termasuk pembinaan jalan baru, penaiktarafan jalan, pembinaan jambatan serta pelbagai rancangan lain.-NFN-

Tiada ulasan: