Khamis, 14 November 2013

Batal saman NFC beri kekuatan gempur rasuah

Oleh : Mohd Ezli Mashut



SHAH ALAM  : Individu mengamalkan rasuah serta penyelewengan diberi amaran untuk tidak semberono mengancam menyaman pihak yang membongkar aktiviti mereka kerana tindakan itu adalah untuk keadilan rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilam (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, berkata tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil menggugurkan saman RM100 juta terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi kekuatan kepada semua pihak untuk terus menggempur gejala rasuah yang membarah di negara ini.
azmizam luar pc 01 
Katanya, individu daripada parti atau badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang tampil membongkar aktiviti penyalahgunaan kuasa serta rasuah mempunyai maklumat mencukupi dan prosedur yang betul sebelum membuat tindakan berkenaan.

“Sekiranya undang-undang dijalankan dengan jujur, maka tiada individu yang kebal boleh terhindar daripada dibawa ke pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib AMK Pusat, berkata perkara itu jelas menunjukkan segala penat lelah dua pemimpin PKR berkenaan dibantu daya penggerak parti, NGO dan rakyat untuk membongkar penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) mendapat kemenangan yang lebih besar.

“Justeru, tidak perlu wujud istilah takut terutama kepada anak muda seluruh tanaha ir yang masih terus cekal memperjuangkan pentadbiran egara yang lebih baik,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: