Selasa, 12 November 2013

Ahmad Said jadi MB sehingga Mac 2014?

Menurut sumber, ia memang benar kerana orang rapat dengan istana telah melihat surat yang ditandatangani oleh Ahmad Said yang bersetuju memegang jawatan itu sehingga bulan Mac tahun hadapan.





KUALA TERENGGANU: Selepas Datuk Seri Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua Mei lalu, heboh kononnya ADUN Kijal itu akan menjadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja.

Menurut sumber, ia memang benar kerana orang rapat dengan istana telah melihat surat yang ditandatangani oleh Ahmad Said yang bersetuju memegang jawatan itu sehingga bulan Mac tahun hadapan.

Kata sumber itu. lagi, surat itu disimpan di istana dan bila tiba Mac depan, Ahmad Said dikatakan akan melepaskan jawatannya.

Namun demikian sumber itu menghujah sejauh mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani mengarahkan Ahmad Said melepaskan jawatan pada bulan Mac depan.

Sumber itu berkata, baru-baru ini beberapa pegawai kanan kerajaan Terengganu telah mengadu salah laku Menteri Besar itu kepada Perdana Menteri, sebaliknya Najib telah memberitahu Ahmad Said tentang pertemuan  mereka.

“Ini yang menyebabkan pegawai kerajaan berkata Najib takut ambil tindakan kepada Ahmad Said,” kata sumber itu lagi.

Mereka percaya bila tiba bulan Mac nanti, Najib tidak berani mengarahkan Ahmad Said meletakkan jawatan.

Sejauh mana surat yang ditandatangani Ahmad Said itu benar atau tidak, sama-samalah kita tunggu bulan Mac nanti.

Dalam kempen pemilihan Ketua Umno Bahagian Kemaman bulan lepas, Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam berkata bukannya senang Ahmad Said hendak menjadi Menteri Besar buat penggal kedua selepas PRU ke 13.

Menurutnya, Ahmad Said disuruh balik terlebih dahulu oleh Najib ketika mahu mengambil watikah dari Perdana Menteri.

Tiada ulasan: