Listen! Listen! Listen! Berita Semasa
sebenarnya agak terkejut kata-kata seperti tajuk di atas keluar daripada
seorang yang bergelar menteri penuh.
Mengapa dan kenapa Zahid Hamidi
tiba-tiba menjadi garang sebegini rupa? Cuba maklumkan kepada Rakyat
Malaysia mungkin kalau rakyat Malaysia terlepas pandang, kepada Zahid
Hamidi :
- Di mana silap & kesalahan jikalau ada kalangan rakyat Malaysia mempersoal dan menuntut pelaksanaan sistem pilihan raya yang sedia ada sekaranga
- Adakah perlembagaan negara kita menghalangnya rakyat Malaysia berbuat demikian?
- Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan. Jadi, di mana silapnya?
- Di mana klausa perlembagaan Malaysia yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik. Di mana? Mungkin kami terlepas pandang.
Selama ini, negara Malaysia dicanang
selama ini sebagai sebuah negara demokrasi. Jadi, berdemokrasilah secara
jujur. Malaysia adalah milik kita semua, bukannya milik orang-orang
atas. Janganlah hanya kerana berbeza ideologi politik semata, kita semua
bertelingkah dengan cara sebegini rupa. Hentikanlah….
Inilah masanya untuk Zahid Hamidi
tumpukan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah,
sosial dalam negara dan mendengar permasalah serta tuntutan rakyat
Malaysia berbanding menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan idelogi
politik yang pelbagai. Kata-kata seperti “kalau tidak suka, sila keluar dari Malaysia”
tidak sepatutnya keluar mulut pemimpin yang bergelar Menteri
Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kalau begitu cara menanganinya,
senanglah tugas bergelar menteri nampak gayanya.
“Kalau berasa sukar untuk menangani tuntutan rakyat Malaysia yang pelbagai, usahlah jadi menteri. Mengapa susah-susahkan diri andai anda berasa sukar untuk menangani dan tidak menjumpai formula untuk menyelesaikannya”
Dalam pada masa kerajaan berusaha keras
untuk menarik kembali kepakaran rakyat Malaysia yang sedang bekerja di
perantauan di bawah usaha TelentCorp tetapi dalam pada masa sama kita
begitu mudah untuk melepaskan rakyat Malaysia yang sudah sedia ada setia
untuk berkhidmat dan menabur bakti di dalam negara. Bukankah itu,
perbuatan yang sia-sia. Nah….sekarang, namakan satu dua individu yang
bernama besar yang bersetuju untuk kembali ke Malaysia sepanjang program
Talent Corp selama ini?
Dan tanya kepada diri sendiri mengapa tenaga pakar & tokoh pemikir seperti Tan Sri Hassan Marican
telah dibiarkan terlepas begitu sahaja dan memberikan khidmat di sebuah
negara yang dicanang selama ini sebuah negara yang rasis, tidak suka
Melayu, anti Islam dan pelbagai lagi. Terbaru beliau diberikan pula,
jawatan sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte (anak syarikat tenaga baru
di bawah Temasek Holdings yang menguruskan pelaburan Singapura).
Ingatlah menteri, bukan sahaja kepada Zahid Hamidi tetapi kepada semua. Kami tinggalkan sedikit puisi untuk ingatan bersama :
- rezeki jawatan Allah memberi
- baru sepekan dalam genggaman
- kalimat dan langkah perlu cermati
- jangan langkah hilang pedoman
Walaaubagaimanapun kami yakin dan
percaya Zahid Hamidi akan menjadi lebih baik berbanding Menteri Dalam
Negeri sebelum ini, Hishamuddin. termasuklah arahannya membabitkan isu
Lahad Datu. Dengan syarat, jadilah seorang menteri yang berkhidmat untuk
negara, rakyat malaysia, bukannya kepada “parti politik” semata. Rakyat
Malaysia sedang menilai prestasi anda ketika ini…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan