Seorang saksi polis hari ini memberitahu suruhanjaya siasatan dirajaya berhubung imigran di Sabah bahawa pegawai JPN tersebut, yang dinamakan sebagai Kamaruddin Idris, ditahan di sebuah hotel pada 25 Mei tahun lalu.
Ketua jabatan siasatan jenayah komersial Lahad Datu Abdul Satal Mad Buraisal juga dalam keterangannya berkata satu sindiket telah meminta pendatang asing Filipina membayar antara RM2,500 hingga RM4,000 untuk mendapatkan kad pengenalan Malaysia.
"Mereka dijanjikan resit kad pengenalan sementara namun perkara ini tidak berlaku, lalu mereka membuat laporan polis,” katanya dalam persidangan RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini.
Pegawai penyiasat CCID Tawau, yang mengetuai serbuan tersebut memberi keterangan bahawa 10 orang warga Pakistan, didakwa menjadi “mangsa” sindiket berkenaan, turut ditahan namun kemudiannya dibebaskan tanpa didakwa, katanya.
Antara barangan yang dirampas dalam operasi tersebut termasuk borang permohonan kad pengenalan asli, yang sebahagiannya telah diisi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan