Selasa, 28 Mei 2013

Polis Terengganu sudah ambil keterangan beberapa individu berhubung perhimpunan

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA TERENGGANU— Polis Terengganu telah merakamkan percakapan beberapa individu termasuk pemimpin pembangkang bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan di Kuala Ibai, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata siasatan lanjut berhubung perhimpunan anjuran pembangkang di sini bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sedang giat dijalankan.

Selepas selesai siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, kes ini akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khamis lalu puluhan ribu rakyat Terengganu majoritinya anak muda membanjiri Markas PAS Kuala Ibai sempena Himpunan Blackout 505 bagi membantah keputusan PRU13.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dan berucap ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa. — Bernama

Tiada ulasan: