Sabtu, 25 Mei 2013

PKR Perlu Segera Realisasi Penubuhan Sekolah Politik


kongres PKR 4

PETALING JAYA  : Cadangan penubuhan Institut Ta’dib Siyasi atau Institusi Pendidikan Politik perlu disegerakan bagi memastikan proses latihan politik yang sistematik di kalangan anggota PKR dapat diperkasakan.

Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin yang mengulas ucapan dasar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata walaupun kos untuk merealisasikan hasrat itu agak tinggi namun demi kelangsungan parti dan masa depan maka ia perlu diwujudkan.

wpid-amkwanita

“Untuk membentuk sebuah pasukan parti yang kuat maka pendidikan untuk semua jentera itu adalah amat penting.

“Di dalam parti proses kaderasasi perlu diperkasakan demi mencapai matlamat parti dan menyediakan jentera parti yang kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke 14.

mohd_eekmal_bin_ahmad

“Dalam pada masa yang sama ini akan dapat menyebarluaskan dasar perjuangan PKR kepada masyarakat,” kata beliau.

Beliau yang Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Kerajaan Pulau Pinang menegaskan pihak parti perlu mengeluarkan sedikit pelaburan untuk mewujudkan Institut itu.

Ianya kerana pelaburan itu akan memberikan kebaikan kepada masa hadapan parti.

Exco AMK Kedah, Mohd Eekmal Ahmad berkata, penubuhan institusi pendidikan politik itu bagi memperkukuhkan sistem jentera parti bagi berhadapan dengan PRU-14 di masa hadapan.

“Kita perlu persiapankan semua ini kerana politik ini adalah sebuah peperangan yang memerlukan kekuatan logistik, kewangan dan latihan,” kata beliau.

kongres PKR 5

Tiada ulasan: