Isnin, 13 Ogos 2012

Van polis bawa suspek terbakar di KB 13 Ogos 2012 KOTA BHARU - Dua suspek dan tiga anggota polis, termasuk pemandu, terselamat apabila van polis yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar ketika berhenti di simpang empat lampu isyarat berhadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, semalam. Ketika kejadian pada kira-kira 4 petang, van itu dikatakan sedang membawa kedua-dua suspek dan sebuah motosikal yang dipercayai barang kes dari Besut, Terengganu ke lokap Balai Polis Kota Bharu di sini. Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Asri Wan Yusoff ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.06 petang tetapi ketika beliau dan lima anggotanya tiba di tempat kejadian, enjin van telahpun hangus. Katanya kejadian berlaku berhampiran pusat beli-belah dan tempat tumpuan umum yang agak sesak dengan kenderaan dan orang ramai yang membeli-belah sempena musim perayaan Aidilfitri. - Bernama

MALAYSIA KINI

KOTA BHARU - Dua suspek dan tiga anggota polis, termasuk pemandu, terselamat apabila van polis yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar ketika berhenti di simpang empat lampu isyarat berhadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, semalam.

Ketika kejadian pada kira-kira 4 petang, van itu dikatakan sedang membawa kedua-dua suspek dan sebuah motosikal yang dipercayai barang kes dari Besut, Terengganu ke lokap Balai Polis Kota Bharu di sini.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Asri Wan Yusoff ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.06 petang tetapi ketika beliau dan lima anggotanya tiba di tempat kejadian, enjin van telahpun hangus.

Katanya kejadian berlaku berhampiran pusat beli-belah dan tempat tumpuan umum yang agak sesak dengan kenderaan dan orang ramai yang membeli-belah sempena musim perayaan Aidilfitri. - Bernama

Tiada ulasan: