Aspan Alias
Setakat
ini belum ada apa-apa tindakan pihak kerajaan terhadap pihak yang
memfatwakan DAP sebagi parti untuk ‘kafir harbi’. Sikap kerajaan
membiarkan perkara ini terus menerus di sebut oleh pihak tertentu yang
‘desperate’ ini, membawa tanggapan yang pihak kerajaan BN hari ini tidak
prihatin terhadap sensiviti rakyat berbilang kaum dan agama dalam
negara ini.
Tidak
ada sesiapa berhak untuk melebelkan pihak yang menyokong dan
bermuafakat dengan DAP bagi kebaikan negara menggelarkan mereka sebagai
kafir. DAP merupakan sebuah parti politik yang terdaftar secara halal
dengan pendaftaran pertubuhan dan parti itu telah menjunjung segala
peruntukan yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Hanya pihak Umno
sahaja yang cuba menafikannya.
Ulamak
sesat yang memberikan fatwa itu wajar di ambil tindakan kerana ia
merupakan satu tindakan memecah belahkan rakyat berbilang agama dan
kaum dan ini merupakan tentangan secara ‘direct’ terhadap agama suci
kita. Memecah belahkan masyarakat merupakan tindakan yang tercemar dari
pandangan agama suci kita, kerana kita di tuntut untuk saling
menghormati diantara semua puak dan bangsa serta agama.
Kita mesti
menerima hukum agama kita secara ‘total’ dan bukannya mengambil
setengah yang sesuai dengan mereka (Umno) dan membuangkan setengah yang
lain yang terkena kepada batang hidung mereka sendiri. Jika kita tidak
menerima keseluruhan dari 6666 ayat dalam Quran itu maka kita boleh
persoalkan keimanan kita sendiri kerana mempercayai Quran secara
‘total’ itu merupakan salah satu dari rukun iman yang enam itu. Kalau
di ambil semua nilai dan hukum agama kita, kita boleh melihat dengan
jelas yang Umno sendiri melakukan banyak perkara yang kafir.
Rasuah itu adalah kafir, menyalahgunakan kuasa itu kafir, memfitnah itu kafir dan memecah belahkan rakyat itu adalah kerja kafir. Malahan tindakan ramai orang meninggalkan BN khususnya Umno itu ialah kerana tindakan-tindakan yang kafir yang dilakukan oleh mereka. Banyak kroni di dalam Umno itu sendiri mempunyai sikap dan sifat Qarun di zaman Firaun dahulu. Mereka tidak berhenti-henti mengumpulkan harta yang banyak tanpa had dengan menggunakan wang rakyat dan negara.
Rasuah itu adalah kafir, menyalahgunakan kuasa itu kafir, memfitnah itu kafir dan memecah belahkan rakyat itu adalah kerja kafir. Malahan tindakan ramai orang meninggalkan BN khususnya Umno itu ialah kerana tindakan-tindakan yang kafir yang dilakukan oleh mereka. Banyak kroni di dalam Umno itu sendiri mempunyai sikap dan sifat Qarun di zaman Firaun dahulu. Mereka tidak berhenti-henti mengumpulkan harta yang banyak tanpa had dengan menggunakan wang rakyat dan negara.
Sebaliknya
di pihak Pakatan Rakyat mereka lebih ‘sensitive’ terhadap kehendak
agama-agama di negara ini dengan melakukan banyak perkara yang dituntut
oleh agama-agama khususnya agama Islam. Islam membenci rasuah dan
sudah jelas kerajaan DAP P Pinang telah memunafaatkan kuasa yang ada
kepada mereka mentadbir negeri itu dengan tahap rasuah yang paling
rendah dan hampir kepada tahap sifar. Sesiapa boleh menafikannya tetapi
kenyataan tetap kenyataan.
Bagi
seseorang yang bertuhan dan beragama, yang penting ialah nilai Islam
dan agama itu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. Tidak guna kita
menjadi muslim tetapi tindakan kita semuanya menentang agama secara
terbuka dan tidak meng’addin’kan agama itu. Kita mesti tuntut agar
kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan fatwa
mengikut nafsu dan nafsi amarah mereka kerana islam yang tulin itu
adalah lembut dan sejuk untuk semua orang menerimanya dengan ikhlas dan
jujur.
Islam itu
sentiasa memberikan kesejukan dan bukannya kepanasan seperti kepanasan
api neraka. Saya merupakan ahli kepada DAP dan saya tidak kurangkan
kemelayuan saya atau mengurangkan Islam saya.
Saya tahu
yang penting ialah saya sentiasa mengingatkan diri saya dan keluarga
saya supaya terus menerus bertawajjuh dan bertawassul kepada Rasul dan
Tuhannya sentiasa. Apa gunanya menjadi ahli kepada parti yang
dianggotai oleh orang-orang Muslim seperti Umno, sedangkan tindakan
pemimpin-pemimpin mereka selalu bertentangan dengan kehendak agama
anutan mereka.
Saya tidak
berhak untuk memunafikkan sesiapa kerana hanya Tuhan sahaja yang
berhak untuk melakukannya, tetapi jika kita tarbiah syariat dengan
betul saya hanya berhak setakat mengingatkan sesiapa yang terlibat
supaya jangan melakukan perkara-perkara yang munafik. Saya ingin
mengingatkan diri saya dan semua pihak yang munafik ini merupakan satu
dosa yang tidak terperi besarnya.
Setakat
yang kita ingat Umno lah yang menolak hukum hudud. Jika Umno menerima
hukum Islam secara total Dr Mahathir tidak sepatutnya menolak hudud
dahulu. Kita masih ingat dengan jelas penolakan itu.
Semua
parti dalam BN menolak hudud. Seburuk-buruk Pakatan masih ada niat dan
usaha untuk melakukannya. Hanya setakat ini Putrajaya itu masih berada
dalam tangan BN sehingga pilihanraya yang akan datang.
Itulah sebabnya saya selalu mengulangi kata-kata ‘the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN’.
Banyaklah penyokong Umno marah dengan kenyataan saya ini tetapi saya
tidak peduli kerana apa yang saya katakan itu adalah perkara yang benar.
Pakatan
DAP, PAS dan PKR wajar diberikan peluang kali ini setidak-tidak buat
lima tahun yang akan datang untuk membuktikan kemampuan mereka merobah
segala-gala yang tidak baik kepada keadaan yang dituntut oleh agama
kita.
Rakyat
boleh mengembalikan kepada BN jika PR jelas lebih buruk dari BN. Tetapi
PR akan mampu memberikan bukti itu jika Putrajaya berada ditangan
mereka (PR). Selepas itu rakyat boleh menilainya kembali kerana setiap
lima tahun rakyat mempunyai kuasa untuk mengunahnya.
Barulah kita akan tahu siapa yang kafir harbi itu.— aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan