MSO
Keretakan BN Sabah sudah pun terserlah, ia bukan lagi retak yang
menanti belah tetapi sudah terbelah. Cuma apa yang terbelah itu belum
berpisah (tercabut) lagi, umpama kelapa yang dibelah dua, di antara satu
sama hanya terikat dengan beberapa urat sabut sahaja. Apakah majlis
atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September yang bakal
diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua 'tempurung' itu
akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain?
Tanggal itu nanti akan ada beberapa tokoh BN di Sarawak mengistyharkan meninggalkan komponen yang mengusang itu?
Kita tunggu saja perkembangan di Sabah yang begitu mencemaskan UBN dan
memberi sinar dan harapan baru kepada Pakatan Rakyat kini. Anwar Ibrahim
sendiri nampaknya begitu konfiden dengan apa yang berlaku di Sabah dan
Sarawak muasir ini. Buktinya kalau beliau tidak konfiden Sabah dan
Sarawak akan mengenapkan korum untuk menguasai parlimen Malaysia,
penasihat umum PKR itu tidak akan bermain dengan kata-kata atau janji
lisan politik; kalau tak menang dia akan bersara. Sudah dua kali
Anwar menzahirkan kononnya dia akan bersara kalau pilihan raya kali ini
tetap juga tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Amat 'rohok' bagi seorang politik melafazkan perkataan bersara secara
mudah. Perkataan bersara tidak ada dalam kamus orang politik. Betapa pun
kalau sudah sampai masa bersara, di dalam persaraan itu pun mereka
masih aktif dan terus memainkan peranan. Itu Mahathir Mohamad walaupun
sudah pensiun tetapi ada kalanya lebih laju dan lantang dari mereka yang
masih memegang kuasa. Mahathir tidak akan bersara penuh selagi Udin
anak Yassin belum jadi PM dan anaknya Mukhriz menjadi timbalan Udin.
Kalau pun dia ditakdirkan meninggal sebelum anaknya berjaya dalam
politik mungkin keranda dan batu nisannya tetap akan berkempen untuk
Mukhriz?
Mahathir berbeza dengan Abdullah Badawi yang mengotakan katanya bila
sudah pensiun dia terus pensiun dan menjadi negarawan dihoarmti.
Apa tah lagi dengan Anwar yang gelora perjuangannya bukan berdebur dan
mengamuk sejak beliau mengenali politik Umno, (1982) tetapi ia bermula
di bangku sekolah lagi. Jadi saya tidak fikir Anwar semudah itu akan
bersara, melainkan kata-kata yang dilafazkan itu satu ejekan atas
keyakinannya selepas ini rakyat akan menukar kerajaan dan beliau bakal
dinobat sebagai Perdana Menteri.
Munasabah dan berasas kalau Anwar berkeyakinan begitu. Malaysia Timur
nampaknya akan menjadi pemacu kepada perubahan kerajaan di Malaysia.
Istidraj politik nampaknya akan berlaku di negara ini. Yang akan menjadi
pemangkin membalikkan kerajaan BN bukan di Semenanjung tetapi di Sabah
dan Sarawak?
Tanda-tanda awal ini sudah jelas dan kini sedang menanti tanda-tanda
pertengahan. Selapas Sabah terbelah, kini ia sudah memborak (merebak) ke
Sarawak pula. Mungkin perpecahan di Sarawak tidak begitu ketara lagi.
Justeru ada yang merasakan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN. Umno
khasnya masih menyanyi lagu simpanan tetap 1 Malaysia. Tetapi sedarkah
dengan beberapa perkembangan terbaru yang menjadi negatif kepada UBN
sehari dua ini sedang berlaku di Sarawak? Adalah satu kesilapan bagi UBN
dan Ha Najib Razak kalau menerima apa yang berlaku ini perkara biasa.
Sikap menganggap fenomena itu perkara remeh bakal menjerat leher UBN dan
Ha Najib.
Perkembangan yang bakal menyebabkan Najib akan menggaru kepala separuh
botak yang tidak gatal itu ialah apabila beberapa pemimpin tertinggi BN
di Sarawak termasuk Taib Mahmud sudah mula membuat jentikan minda kepada
Najib dan memberi mesej jelas apabila beliau mahukan kerajaan
Persekutuan (Petronas) membuat semakan ke atas royalti minyak 5% untuk
Sarawak? Apakah maksud Taib Mahmud ini? Ia tidak boleh dipandang mudah
dan makna di sebalik mesej itu yang dibuat dalam situasi hari ini
hendaklah difahami searif mungkin.
Jika hubungan Taib dengan Najib lendik, tidak mungkin Taib akan membuat
usikan itu. Taib tidak akan bergurau dengan Najib dalam keadaan seperti
hari ini. Gurauan itu adalah gurauan biawak! Gurauan yang boleh
meresahkan Najib. Atau kalau Sarawak hendakkan juga, Taib harus bersuara
dalam senyap dengan membisikkan kepada Najib. Tetapi apabila dua
menteri kanan Sarawak turut bersuara hal itu menunjukkan Sarawak sedang
bermasalah dengan Kuala Lumpur, dan desakan itu terbuka.
Dua menteri kanan yang meminta kadar royalti petroleum untuk Sarawak
dikaji ialah James Masing dan Fatimah Abdullah, demikian menurut sdr
Musli Oli menerusi Fbnya. Mereka ini tidak akan menyuarakan subjek yang
sensitif ini kalau tanpa restu Taib. Soalnya pula kenapa Taib
mengizinkannya mereka menimbulkan perkara itu? Persoalan dan
keluarbiasan inilah yang perlu dimasukkan ke dalam mahkmal politik Najib
untuk dianalisis.
Bagi seorang pemain politik yang bijak dan licit persis Taib waktu
inilah untuk dia membuat apa-apa tuntutan kepada Najib. Taib adalah
pengguna wang paling handal untuk ketahanan politiknya di rantau ini.
Masa ini adalah terbaik. Dalam Najib belum selesai dan gagal
menyelesaikan tuntutan beberapa perkara di Sabah menyebabkan tokoh-tokoh
dan kerabat BN meninggalkan parti itu, inilah masanya untuk Taib
mengerudi Najib. Politik mana ada belas kesihan dan simpati dan
selalunya orang politik akan menyerang musuh dan kawannya sendiri waktu
mereka sakit. Opotunis dan hipokrasi adalah dua dari empat rukun
politik, 4C.
Apa perlu diingatkan Taib ada terasa hati dengan Najib semasa pilihan
raya negeri Sarawak dulu bila mana Najib secara terbuka meminta Taib
berundur demi menyelamatkan Sarawak. Gesaan itu meninggalkan kesan
mendalam di hati Taib. Taib tidak akan melupai sama sekali gesaan itu
yang dianggap ia adalah cabaran jiwa terbesar untuknya. Apakah dengan
kesan itu tidak mustahil kalau Taib ingin mengajar Najib bagamainan
untuk bermain dengan kuasa politik?
Mungkin Taib sedar tuntutan atau permintaan Sarawak itu akan dilayan.
Dalam keadaan Najib memerlukan Sarawak setelah Sabah terbelah kini, bagi
fikiran Taib, Najib akan memenuhinya. Kerana itulah beliau mengacah
beruk ke atas Najib. Waluapun sukar Najib akan cuba memenuhinya demi
menyelamatkan simpanan tetap dalam banknya di Sarawak.
Taib pula boleh saja untuk terus ugut Najib dengan membuat kenyataan
kemungkinan PBB juga akan meninggalkan BN. Kalau inilah dibuat Taib
Najib boleh jantuh pengsan terus dan Rosmah juga boleh tersalah ambil
fesyen coli yang hendak dipakainya.
Kerenah Taib dan beberapa orang menteri kabinet Sarawak ini merimaskan
Najib dan memberi denyutan baru di kepala Najib. Ia mungkin menyebabkan
Najib akan terbang malam ke Sarawak pula kali ini seperti mana pernah
dilakukan ke atas Sabah baru-baru ini. Beliau akan jadi seperti kucing
kejatuhan anak, ke hulur dan ke hilir menyelesaikan masalah yang makin
bertimbun dan menyerabut.
Dalam pada itu usikan Taib di Sarawak itu tambah menyakinkan padangan
ramai bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin dilewatkan sampai ke tahun
depan dan menyebabkan ramalan Sabah dan Sarawak bakal menjadi pemancu
sebenar kepada perubahan kerajaan negara ini semakin nyata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan