Khamis, 23 Ogos 2012

Mahathir : Dendam kesumat yang tidak berpenghujung

FREE MALAYSIA TODAY

Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar untuk mara ke Putrajaya.

 

Oleh Saifuddin Shafi Muhammad

Anwar Ibrahim Club (AIC) amat tertarik dengan serangan terbaru Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang disiarkan sebuah portal semalam, dengan menyebut Ketua Umum PKR itu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mempunyai persamaan iaitu menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.

Beliau juga menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

Umum mengetahui sejak lama , Mahathir mempunyai dendam peribadi yang tinggi terhadap Anwar  ekoran perbezaan polisi dalam urustadbir kerajaan semasa Ketua Pembangkang Malaysia itu menjadi orang nombor dua Malaysia dalam kabinet Mahathir yang akhirnya melakar sejarah hitam demokrasi negara pada 1998.

Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar  untuk mara ke Putrajaya.

Mahathir melihat situasi ini amat membahayakan kedudukan beliau sebagai ‘de facto’ kerajaan serta sekali lagi bakal menyebabkan perniagaan anak kesayangan beliau iaitu Datuk Mirzan menemui noktah buruk seperti dulu.

Lupakan Mahathir, Pakatan Rakyat terus mara ke Putrajaya

AIC melihat omongan Mahathir ini sebagai tidak bermaya dan keluar dari mulut seorang bekas Perdana Menteri yang akan dilupakan satu hari nanti. Mahathir sengaja menutup mata melihat pembangunan dan perkembangan baik ekonomi yang dilakukan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.

Mahathir lupa kebanyakkan polisi kerajaan yang ingin segera diubah adalah disadur daripada idea Buku Jingga yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apabila mentadbir Putrajaya nanti.

Mahathir juga lupa pembangunan bukan sahaja melibatkan pembangunan stuktur bangunan tinggi semata-mata, tetapi asas ekonomi yang melibatkan kehidupan seharian rakyat terbanyak.

AIC yakin rakyat Malaysia tidak lagi memerlukan idea dan buah fikiran Mahathir yang jelas menjaga kepentingan diri dan kroni rapat dengan beliau. Malaysia tidak akan bankrap sekiranya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, hatta melaksanakan polisi penurunan harga kereta. AIC hairan bagaimana seorang diktator selama 22 tahun boleh berfikiran secetek ini apabila menyebut tentang polisi ekonomi.

Negara akan dan sedang menuju bankrap apabila ratusan juta dilaburkan kepada individu dan korporat secara tertutup dan tidak memulangkan hasil seperti skandal NFC melibatkan RM 250 serta skandal Bank Negara yang melibatkan RM 30 bilion wang rakyat yang diniagakan di pasaran mata wang.

Mahathir boleh terus berada dalam dilema yang beliau reka sendiri puluhan tahun lalu, rakyat Malaysia sudah bersedia untuk bersatu di bawah pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri baru.

Rakyat juga telah bertekad untuk menolak “syaitan” yang mereka kenal, dan memilih seorang pemimpin baru yang betul-betul menunjukkan semangat untuk membawa Malaysia keluar dari kemelut identiti dan keruntuhan ini.

AIC meyakini dalam segala aspek sekalipun, Mahathir terlalu jauh untuk menggapai apa yang telah Anwar berikan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya iaitu -Inspirasi. Di saat Mahathir termanggu manggu merasmikan perhimpunan ultra Melayu seperti Perkasa, Anwar dengan megah dan terhormat menjadi jemputan untuk merasmikan dan berpidato dalam perhimpunan ekonomi sedunia.

Inilah dilema Mahathir, semakin beliau menghasut rakyat untuk membenci Anwar, jalan perubahan semakin terbuka luas. Usahlah berpura-pura mengambil berat tentang negara, jika seorang bekas Perdana Menteri memgang kepentingan dalam industri otomobil dan petroleum negara. Usahlah berbicara tentang moral jika anak sendiri memgang modal besar dalam syarikat arak antarabangsa.

Rakyat boleh mula melupakan Mahathir, dan jadikan pedoman dan doa supaya bangsa Malaysia akan datang tidak lagi dipimpin oleh maha karut seperti ini.

Penulis adalah Presiden  AIC Malaysia

17 ulasan:

Sanih Alias berkata...

Sebenarnya apa yang kita nampak memang Datuk Najib telah pun melakukan yang terbaik dalam pentadbiran beliau. Cuma ada kurang dan kelemahan yang nampak. Tapi rasanya cuba pembangkang saja yang cuba menghebohkan perkara ini.

Unknown berkata...

Tekanan yang dihadapi oleh kerajaan sekarang ni membuatkan Mahathir bangkit semula apa lagi yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Sotong Kurita berkata...

Anwar Ibrahim sebegai contoh, menurut Fairus adalah merupakan seorang insan paling munafik yang pernah dijumpainya.

Dia begitu pandai bertukar wajah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Pernah suatu ketika dahulu semasa masih bersama pimpinan PKR, beliau membawa satu pelan perancangan bagi membantu rakyat khususnya orang Melayu yang dilihat semakin terpinggir telah ditolak sekeras-kerasnya oleh Anwar.

Sotong Kurita berkata...

Dengan alasan pada ketika semua pimpinan parti harus memberikan tumpuan dan gerak kerja bagi menghadapi PRU-12 untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO, maka cadangan untuk mebantu rakyat ditolak oleh Anwar. Akur dengan keputusan tersebut, Fairus menyimpan hasrat dan cadangan itu dengan alasan pakatan pembangkang masih lagi tidak mempunyai kuasa politik yang besar.

Sotong Kurita berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sotong Kurita berkata...

Maka sejurus selepas PRU-12 bila mana pakatan berjaya merampas Kedah, Selangor, Perak, Kedah dan mengekalkan kuasa di Kelantan beliau sekali lagi membawa cadangan tersebut atas kapasiti sebagai orang no 2 di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Namun sekali lagi cadangan tersebut ditolak oleh Anwar Ibrahim atas alasan mahu memberikan focus kepada kepada usaha untuk merampas Putrajaya pula.

Sotong Kurita berkata...

Ia akhirnya membuat Fairus berfikir sejenak apakah Anwar benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat khususnya orang Melayu yang dilihat sebagai kumpulan majoriti di dalam negara. Atau Anwar memang tidak pernah mempunyai sebarang hasrat untuk membantu rakyat?

DorianG berkata...

Grand promises are easy for PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to make because the opposition need not have to fulfil them to the people, said Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili.

DorianG berkata...


The Kota Marudu member of parliament said it is plain to see that Anwar is just a “master promise maker”.

DorianG berkata...


Dr Ongkili described Anwar’s promises made at a ceramah in Kota Marudu to give RM650 to each old folk and RM100 to every child born until they reach the age of 18 as “just another promise they can make under the sun because they don’t have to fulfil them”.

DorianG berkata...


“I urge Anwar to stop making wild promises. If the opposition in Pakatan Rakyat are sincere, then implement these promises now in the Pakatan-controlled states,” Dr Ongkili said.

DorianG berkata...


This is undeniable, he said, and the development can clearly be seen notably in terms of infrastructure and amenities such as roads, water supply, housing as well as education.

DorianG berkata...

Speaking at the launch of Gerakan Biru Kota Marudu at the Kota Marudu Community Hall, he said his Kota Marudu parliamentary constituency which include the Tandek and Matunggong state seats, have developed by leaps and bounds under Barisan Nasional.

DorianG berkata...


“We admit more needs to be done, thus it is important for the three seats in Kota Marudu to remain in Barisan Nasional in order to benefit from the transformation programmes initiated by our Prime Minister,” he said at the event that was held to ensure Kota Marudu remained a stronghold of Barisan Nasional.

DorianG berkata...


“The opposition cannot improve on this development in Kota Marudu. What they can do is bring Kota Marudu backward if they are given these seats,” he told the people who thronged the hall.

DorianG berkata...

At the event, Dr Ongkili also gave out RM100 each to 100 old folks, single mothers and the poor who received the Yayasan Kebajikan Negara aid in conjunction with Hari Raya.

DorianG berkata...

Also, a total of 21 mosques in Matunggong and 25 mosques in Tandekreceived RM1,000 each while two suraus in Matunggong and 25 suraus inTandek received M500 each from the MP’s touch points allocation