Rabu, 15 Ogos 2012

Legenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia

SINAR HARIAN

Punch Gunalan
Punch Gunalan - Sumber : thesportsmuseum.blogspot.com
 
Punch Gunalan
Datuk Punch Gunalan 
 
 
KUALA LUMPUR - Bekas bintang badminton Malaysia Datuk Punch Gunalan, 68, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini pagi ini selepas bertarung dengan penyakit.

Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, bergu dan bergu campuran (1961-1963).

Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.

Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973.

Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.

Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.

Punch Gunalan dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974.

Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.- Bernama

Tiada ulasan: