Isnin, 13 Ogos 2012

'Hudud terus, tapi Negara Berkebajikan dulu'

 
MALAYSIA KINI
 
 
 
Hudud masih menjadi sebahagian daripada perjuangan PAS tetapi konsep 'Negara Berkebajikan' akan menjadi fokus dalam pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, hudud sentiasa menjadi sebahagian daripada ideologi PAS, lapor Oriental Daily News hari ini.

NONEMenyentuh rintangan kuat terhadap hukum itu, pertikaian itu akan disentuh melalui dialog dan beliau berharap parti sekular yang didominasi masyarakat Cina akan menerimanya.

"PAS dan DAP masih mempunyai perbezaan pandangan yang besar berhubung isu hudud, tetapi kedua-dua pihak akan sering terlibat dalam dialog.

"Perbezaan ini tidak akan menjejaskan hubungan kami," katanya sambil menjelaskan kedua-dua pihak salin menghormati antara satu sama lain.

Bawah semangat perlembagaan, kata anggota parlimen Marang itu, PAS bercita-cita melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu (semasa pemerintahannya) memandangkan hukum itu tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Usaha itu bagaimanapun dihalang oleh kerajaan persekutuan pimpinan BN.

Tiada ulasan: