Selasa, 10 Julai 2012

Jom Kerja bantu 2,642 Selangor Dapat Pekerjaan





SHAH ALAM Seramai 2,642 golongan belia di Selangor berjaya memperolehi pekerjaan dalam program yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor, “Jom Kerja”.

Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Halimah Ali ketika menjawab satu soalan di dalam Persidangan Undangan Negeri Selangor hari ini.

“Pada 2009 Kerajaan Negeri memulakan Program Jom Kerja dan sehingga 2011 seramai 2,642 pemohon telah ditemuduga dan ditawarkan perkerjaan oleh syarikat-syarikat terlibat yang disusun Kerajaan Negeri,” kata beliau.

Selain itu Kerajaan Negeri turut menggalakan golongan Belia termasuk lepasan universiti menyertai pelbagai kursus kerjaya yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.

Kursus-kursus yang disediakan termasuklah kursus pendedahan peluang perniagaan untuk belia yang mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang perniagaan.

Antara kursus yang ditawarkan adalah Pembangunan Usahawan Muda, Perbankan dan Kewangan Islam, Sijil Keselamatan dan Selenggara, Sijil Membaiki Komputer, Kursus Perunding Pelancong, Kursus Pemasaran, Kursus Penternakan dan lebih 10 kursus lain yang disediakan.

Selain kursus kemahiran umum dan kemahiran khusus, Kerajaan Negeri turut menyediakan kursus bahasa.

“Kerajaan Negeri juga cuba mengenalpasti kelemahan dan kelebihan pencari perkerjaan bagi mengenalpasti perkerjaan yang sesuai untuk mereka.

“Berdasarkan kecenderungan mereka, kerajaan negeri juga cuba membantu mereka mengatasi kelemahan seperti mengadakan kelas insentif Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab” kata Halimah.

Kerajaan Negeri juga memberi bantuan mesin pemprosesan untuk golongan usahawan belia yang telah pun menjalankan perniagaan tetapi kekurangan modal untuk membeli mesin pemprosesan tersebut.

Tiada ulasan: