Seperti biasa, Ketua setiusaha Negara
(KSN) akan datang dan pergi. Tan Sri Sidek Hassan (bekas KSN) sekarang
ini sedang duduk di kerusi empuk sebagai pengerusi Petronas yang baru
dan digantikan dengan Datuk Seri Ali Hamsa.
Menggalas jawatan baru semestinya akan
datang semangat baru yang berkobar-kobar dalam dirinya. Itu perkara
biasa……tetapi apa yang kami harapkan ialah ia tidak sekadar berkisar
kepada visi-visi lama dan lapuk yang diangkat ibarat satu cara perubahan
kerja yang baru…..
Sumber : Yahoo Malaysia
Cuma kami kurang jelas sedikit dengan maksud beliau mahu merakyatkan perkhidmatan awam? Nak jadi rakyat apa pula selepas ini?
Kami berharap ia tidak sekadar bercakap
ala-ala retorik semata. Tetapi patut diterjemahkan di atas kertas secara
prajtikalnya untuk dilaksanakan perubahan secepat mungkin. Itulah yang
sepatutnya…..Kenapa agaknya kakitangan kerajaan boleh dituduh sebagai
lembap?
Antara sebabnya ialah displin, faktor usia, kualiti. Swasta pun sama je lebih kurang tetapi tidaklah ketara sangat.
Walaubagaimanapun skop sektor kerajaan ini luas. Kasihan kepada kakitangan kerajaan yang cukup berdedikasi,
cekap dan bertanggungjawab terhadap kerja yang telah diamanahkan kepada
mereka. Disebabkan segelintir yang malas dan lembap inilah habis
smeuanya yang mendapat “nama”. Dan disebabkan itulah memang sangat bagus
apabila kerajaan bertegas dan mual membuang kakitangan kerajaan yang
tidak berdisiplin semasa menjalankan tugas.
Masalahnya sekarang ini kebanyakan kakitangan kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini terlalu sukar untuk dibuang.
Apatah lagi kakitangan kerajaan yang cara kerjanya lembap. Proses buang
kakitangan tidak sama seperti berlakunya di sektor swasta, terus
dibuangkan sahaja. Prosedur buang kakitangan awam cukup rumit.
- Secara lisan 2 kali
- Perhatikan dalam tempoh 3 bulan ada datang atau tidak bertugas
- Jikalau selepas itu, masih tiada perubahan
- Siarkan nama mereka-mereka ini supaya melaporkan diri
- Dan kemudiannya minta nasihat JPA samada perlu dibuang atau tidak
- Kalau ada pengaruh sikit dengan orang politik yang masuk ke sektor kerajaan melalui “pintu belakang”, mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan terus kebal daripada sebarang tindakan.
Jikalau di sektor awam, jika cara kerja kakitangan tidak menepati standard yang ditetapkan oleh pihak syarikat pasti akan dipanggil oleh orang atasan dan akan berbunyi peringatan keras seperti di bawah ini :
“Either You Shape It Yourself Or You Will Be ‘Shipped-Out’ “
Kadang-kadang kami berasa pelik, kerana mahu ditagih lagi kelompok kakitangan awam yang sudah berusia
ditambah dengan kudrat yang tinggal untuk menghabiskan sisa-sisa
terakhir hidupnya. Mengapa tidak digantikan kesemuanya mereka ini dengan
golongan yang lebih bersemangat, bertenaga tidak kiralah yang samada
yang muda atau yang berumur asalkan mereka mempunyai ciri-ciri seperti
yang kami sebutkan tadi. Yang kurang bertenaga ini boleh berundur ke belakang yang mungkin bersesuaian dengan pengalaman yang mereka ada.
Apa yang kami perhatikan masalah dalam
sektor kerajaan ini terlalu ramai ‘little napoleon’. Apa yang kami
perhatikan sistemnya memang begitulah rentak dan gayanya. Sukar untuk
mengubahnya selagi polisi dasarnya tidak diubah secara total. Contohnya,
ada kajian yang menunjukkan telah berlkaunya jurang antara pegawai
pelaksana dan pegawai pemikir sehingga menyebabkan beberapa kerja
tergendala begitu sahaja. Yang menerima masalah siapa akhirnya?
Satu lagi budaya, pass kerja.
Kalau telefon, mula-mula cakap pegawai ini, lepas tu esok telefon cakap
pegawai lain pula. 2-3 hari lagi telefon pun dengan orang lain pula.
Bila nak selesai masalah yang satu ini? Dari pengamatan kami, sikap
tidak mahu membantu yang menjadikan sistem kakitangan kerajaan ini
lembap, orang ini tolak dengan orang ini, orang ini tolak dengan orang
itu. Sudahnya urusan tergantung begitu sahaja. Sikap tidak mahu ambil
tahu ibarat seperti :
“Kerja aku kerja aku, kerja kau kerja kau tetapi elaun tetap kami sapu. Begitu? “
Selagi budaya ni wujud dalam sektor
kerajaan, tukar beribu Ketua Setiausaha Negara sekalipun servisnya masih
ditakuk lama sukar untuk dipulihkan secara total. Belum lagi yang
lain-lain…ada yang nak menambahnya?
Salah satu faktor adalah kakitangan
kerajaan sendiri majoritinya terdiri 90% Melayu. Maka daya saing dan
tahap kompetetifnya sangat kurang. Kalau nisbah pekerja Melayu – Non
Melayu di semua peringkat sekitar 70:30, kami yakin dan pasti tahap
kecekapan meningkat. Yang memulakan ISO certification pun sektor swasta.
Walaubagaimanapun, kami cukup bersetuju sektor awam sudah ada nampak banyak perubahan
sejak di zaman Pak Lah lagi walaupun tidaklah sampai ke tahap 90%,
sekurang-kurangnya ada peningkatan dari segi approval, soal balas dan
pro-aktif. Tetapi……..dalam pada masa yang sama masih juga terlalu banyak
yang perlu diperbaiki.
P/S : Apa respon dnegan kualiti servis kakitangan kerajaan ketika ini? Ada pengalaman yang ingin dikongsikan di sini?
Servis Sektor Kerajaan Ketika Ini?
- Serdahana (39%, 121 Votes)
- Baik (20%, 63 Votes)
- Sangat Baik (15%, 46 Votes)
- Sangat Tidak Baik (14%, 42 Votes)
- Tidak Baik (12%, 36 Votes)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan