KUALA LUMPUR – Sekumpulan 50 orang mahasiswa dan mahasiswi dari gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan Himpunan Kecil – Flash Mob di KL Sentral, dekat sini pada jam 1 tengahari, hari ini, Selasa 17 Julai.
Menurut Setiausaha AKSI Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, himpunan tersebut diadakan bagi mendesak kerajaan suapaya membebaskan 45 orang tahanan tanpa bicara ISA yang sedang diseksa di Kem Tahanan Kamunting (Kemta).
“kami, gabungan mahasiswa dibawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersolidariti denganseluruh rakyat mendesak kerajaan Najib hentikan penyeksaan sesama manusia dengan segera,
“dan membebaskan 45 orang tahanan tanpa bicara ISA di Kemta yang telah menderita,”ujarnya yang menghubungi BO melalui pesanan ringkas.
Ekhsan berkata, kehadiran pihak keselamatan polis begitu ramai namun, tiada sebarang tangkapan yang dilakukakan.
“Kami mulakan bantahan pada jam 1 tengahari dan tamat pada jam 2 petang, kehadiran peserta seramai 50 orang, (kehadiran) polis agak ramai,
“keadaan terkawal (dan) tiada ebarang tangkapan,”jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan