Jentera pilihan raya parti mesti berada di gear lima dan bukan lagi gear tiga dan empat seperti tahun.
PETALING JAYA: Umno yakin menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dalam pilihan raya umum ke 13, kata ketua penerangan, Datuk Ahmad Maslan.
Katanya, jentera pilihan raya Umno bergerak secara berterusan mendekati rakyat di negeri-negeri berkenaan.
“Pemimpin Umno pusat dan negeri selalu turun ke bawah bertemu rakyat dan mendengar sendiri keluh kesah mereka,” katanya.
Berikutan itu, Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri mengarahkan jentera pilihan raya parti berada di gear lima dan bukan lagi gear tiga dan empat seperti tahun lalu.
Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008 manakala Kelantan sejak 1990.
Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda Umno berkata, parti tidak mahu terperangkap dengan permainan pembangkang.
Kata Ketua Penerangan Datuk Reezal Merican Naina Merican dalam perang saikologi politik mereka boleh muncul dalam pelbagai wajah.
Tidak layan pembangkang
“Tetapi rakyat tidak bodoh, mereka melihat dan membuat pilihan, rakyat menolak politik cara yang merugikan mereka” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengatakan orang dalaman Umno akan membantu Pakatan Rakyat menjatuhkan Umno dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.
Tokoh popular PAS itu berucap di konvensyen Pakatan Rakyat ke tiga di Alor Setar hari ini.
Reezal menegaskan, Umno tidak mahu apa yang dikatakan oleh pembangkang dan apa yang terjadi kepada mereka.
Sebab tu, tambahnya Umno tidak mengambil apa yang berlaku terhadap bekas pemimpin PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat baru-baru ini.
“Bagi kita (Umno) rakyat yang penting. Jadi kita berharap pembangkang dalam perjuangan mereka jangan mengabaikan rakyat,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan