Khamis, 26 Januari 2012

Tutup Mulut Atau Sedia Digempur - Azmin Ali.

Tun Izhalmi Ishak

alt


PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat (PR) mempunyai bukti dan fakta yang kukuh siapa penganjur siri jelajah ceramah bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Hasan Ali jika beliau terus menerus menyerang pembangkang.

Beliau yakin rakyat sudah cukup matang untuk menilai kerakusan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu, yang menggunakan platform jelajahnya untuk menyerang peribadi pemimpin pembangkang dan PR. Azmin turut menyifatkan Hasan Ali sebagai seorang yang terlalu mengikut emosi setelah dipecat dari parti dan tidak memahami sepenuhnya semangat PR.

Azmin turut melontarkan cabaran kepada bekas Exco Selangor tersebut "Hasan perlu berterus terang kepada rakyat sama ada tindakannya atas keinsafan diri atau beliau sememangnya sanggup dipergunakan oleh pihak ketiga."

Beliau turut meminta Pas mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi serangan yang dilakukan oleh bekas pemimpin parti tersebut berdasarkan maklumbalas akar umbi dan Kerajaan Negeri.

"Jangan cari salah orang lain, bukan saya atau Datuk Seri Anwar yang memecat Hasan dari parti. Ini keputusan yang dibuat oleh Pas.

"Keputusan kepimpinan Pas memecat Hasan adalah atas pertimbangan parti tersebut. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut," kata Azmin.

Tiada ulasan: