Khamis, 12 Januari 2012

Panas: Mangsa Cynide Di Bukit Koman Meninggal Dunia Semalam, Kerajaan Perlu Batalkan Lynas !!

PAHANG DAILY


KUANTAN - Kerajaan digesa membatalkan segera operasi projek kilang memproses Rare Earth milik syarikat Australia, Lynas Corporation yang dibantah rakyat sekarang ini. Ia berikutan, seorang penduduk yang berjuang bermati-matian untuk membantah sebuah lagi syarikat Australia yang membawa projek berisiko ke negeri ini meninggal dunia malam semalam.

Mustapa Hussin
(foto) yang menderita sakit kritikal akibat kesan penggunaan racun Cynide di lombong emas Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) meninggal dunia selepas sekian lama menderita.

Kerajaan perlu sedar, rakyat tidak mahu berhadapan lagi dengan risiko seperti yang dialami oleh para penduduk Bukit Koman selama ini. Biar pun berbagai alasan yang diberikan termasuk tindakan Lynas menyiarkan iklan setiap hari di media arus perdana untuk mempertahan kilang terbabit, namun rakyat sebenarnya lebih mengetahui risiko radiasi yang dihadapi oleh mereka.

Kerajaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Bukit Koman yang menimbulkan masalah kesihatan terhadap penduduk sekarang ini. Malah, kedua-dua syarikat berkenaan adalah dari negara yang sama iaitu Australia.

Tentangan rakyat terhadap kilang yang boleh mendatang risiko ada kewajarannya jika dibandingkan dengan industri lain. Memang benar, ada pihak yang mempertikaikan kenapa rakyat tidak menentang kilang kimia yang banyak terdapat di Kawasan Perindustrian Gebeng. Namun, mereka juga perlu faham bahawa Lynas akan memproses "rare earth" yang diakui seantero dunia akan mengeluarkan radiasi atas pembuangan sisa-sisanya.

Jika kita lihat penggunaan racun sianida (Cynide) di Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sebelum ini maka ternyata senarionya hampir sama. Tentangan rakyat dijawab dengan alasan mudah oleh kerajaan untuk mengiyakan apa yang telah mereka lakukan. Namun, hakikatnya projek berisiko wajib ditentang demi anak cucu dan generasi kita pada masa yang akan datang hendaknya.



Penduduk terus bangkit menentang penggunaan racun Cynide di Lombong
emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sejak sekian lama


[Pihak yang akan menderita adalah rakyat setempat yang terpaksa berhadapan dengan ancaman kesihatan untuk tempoh yang lama. Pemimpin besar yang mendapat hasil lumayan atas projek itu tidak berhadapan dengan apa-apa risiko sebab mereka tinggal di tempat lain.

Inilah yang akan terjadi kepada penduduk Kuantan pada masa akan datang jika mereka terus berdiam diri dengan isu ini. Soalnya, apakah lebih ramai yang meninggal dunia baru kerajaan mahu melakukan sesuatu.

Insaflah atas apa yang berlaku dan jadikanlah ia sebagai pengajaran. Jangan biarkan rakyat terus dibelenggu risiko. Teruskan perjuangan tentang Lynas dan Cynide, demi kesejahteraan rakyat pada masa akan datang. Jangan menggadaikan nyawa rakyat kerana mengejar keuntungan semata-mata]
.

Tiada ulasan: