Sabtu, 21 Januari 2012

Oleh WFAUZDIN NS


palu hakim Kisah 3 pesalah & hakim PELUANG dibuka sekali lagi untuk kita semua berhimpun apabila Peguam Negara akhirnya tunduk kepada tuntutan puak-puak kaki fitnah untuk merayu kes Fitnah Liwat II yang melibatkan DS Anwar Ibrahim dan pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya iaitu Saiful.

Walaupun semua tahu Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini telah menegaskan bahawa hanya tinggal keterangan lisan Saiful sahaja yang mahkamah perolehi, manakala bukti DNA ternyata hancur dan tidak langsung boleh digunakan, namun mahkamah di Malaysia tetap mahkamah di Malaysia.

Ini bukan soal hak atau keadilan Saiful, tetapi ini soal konspirasi yang telah berjaya dibuktikan sejak awal lagi kes ini dibuka. Perlukah konspirasi yang terang jelas dapat kita lihat ini boleh diteruskan?

Apakah dengan kes rayuan ini nanti boleh mengubah sikap Najib atau Rosmah mahu pun Musa Hassan untuk berani hadir ke mahkamah memberi keterangan? Adakah di dalam kes rayuan ini nanti akan adanya bukti menunjukkan Saiful berada di dalam bilik bersama DS Anwar? Mungkinkah terdapat bukti baru yang menunjukkan bahawa DNA DS Anwar itu selamat dan disahkan tidak terusik? Mungkinkah juga di dalam kes rayuan ini nanti Seksyen Pertuduhan dari Liwat Suka Sama Suka berubah menjadi Liwat Paksa agar selari dengan keterangan Saiful sebelum ini?

Wujudkanlah beberapa kes rayuan sekali pun, kesemuanya tidak boleh memadam hakikat bahawa Saiful seorang pemuda lembik yang tidak mampu melawan seorang tua yang uzur. Sudah tentu hakikat bahawa Saiful telah menjalinkan hubungan dengan salah seorang wanita Tim Pendakawa sebelum ini tidak boleh terpadam dengan kes rayuan ini nanti. Mana mungkin kisah seluar dalam Saiful tertinggal di rumah teman wanitanya boleh dilupakan sebaik sahaja kes rayuan ini bermula. Orang seperti ini boleh dipercayai keterangannya? Di Malaysia, semua boleh.

Terlalu banyak persoalan tidak terjawab sepanjang kes ini berjalan sehingga kini. Mengapa Najib berkata tidak mengenali Saiful, kemudiannya menyebut beliau mengenali Saiful kerana pemuda yang tidak mencuci dubur selama dua hari ini ke Pejabatnya untuk memohon biasiswa? Kemudiannya, mengapa Najib bertukar cerita pula bahawa Saiful berjumpa dengannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat? Saiful diliwat secara paksa, kemudiannya minum kopi dan makan karipap? Dikatakan pintu bilik terkunci, maka siapa yang menghantar kopi dan karipap? Mengapa tuan rumah kondo disiasat Polis, tetapi tidak dipanggil memberi keterangan? Mengapa CCTV hanya memaparkan Saiful berada di pintu lift, di mana CCTV yang menunjukkan Saiful memasuki rumah atau bilik yang dikatakan berlaku kejadian liwat?

Mengapa perlu banyak DNA di dubur Saiful termasuk DNA nya sendiri? Mengapa keterangan awal Doktor di Pusrawi tidak digunapakai sedangkan di situlah Saiful mula-mula membuat pemeriksaan? Itu hanya sebahagian persoalan yang sehingga kini tidak terjawab sepanjang perbicaraan lalu. Maka, relevenkah kes ini dirayu? Tidak serikkah mahkamah di negara kita menjadi bahan ketawa dunia luar?

Apa pun, ini satu lagi peluang yang diberikan kepada kita untuk terus berhimpun bagi menentang kerja fitnah ini. Mungkin juga kita diberi peluang untuk merayakan lagi kemenangan kedua selepas kemenangan pertama di Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu. Lawan Tetap Lawan !!

/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: