Pembangkang cuba menyempit dan mengelirukan pandangan rakyat dengan menyebarkan dakyah bahawa perjuangan Umno bukan untuk memartabatkan Islam, kata Pengerusi Umno Kelantan.
KOTA BARU: Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan rakyat negeri itu tidak terus terpengaruh dengan anggapan “PAS itu Islam, kalau tidak mengundi PAS tidak Islam”. “Pembangkang cuba menyempit dan mengelirukan pandangan
rakyat dengan menyebarkan dakyah bahawa perjuangan Umno bukan untuk memartabatkan Islam.
“Sebenarnya Umno bawa perjuangan Islam lebih baik daripada PAS, dan terbukti membawa faedah kepada umat Islam di Malaysia
“Kita dukacita dengan pihak yang menyempitkan pandangan rakyat ini,” katanya kepada Bernama malam tadi. Tokoh veteran Umno Kelantan itu berkata, harapan rakyat kepada kerajaan PAS adalah tinggi, banyak perkara yang mereka mahu kerajaan negeri laksanakan tetapi jelas mereka tidak berpuashati kerana kerajaan negeri gagal memenuhi kehendak mereka maka sekarang ini mereka mengharapkan kepada Umno,” katanya.
Agenda anak muda
PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun lalu.
Mustapa berkata menjadi keutamaan Umno dan BN untuk memastikan rakyat dapat hidup dengan selesa tanpa dihimpit dengan pelbagai masalah yang disebabkan kelemahan kerajaan PAS mentadbir negeri.
“Yang penting bagi kami ialah kita BN menyediakan satu agenda untuk masa depan antaranya agenda untuk menyatupadukan rakyat Kelantan. “…agenda untuk menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi, agenda untuk membangunkan umat Islam dan agenda untuk anak muda,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan