Khamis, 12 Januari 2012

Hj.Hadi Bakal Tentukan 'Siapa Pengganti' Hasan Ali Untuk Di Lantik Ke 'Jawatan Exco' Yang Baru !

PAHANG DAILY


PETALING JAYA - Individu yang akan dilantik bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali (foto) sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor akan ditentukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat kepimpinan Pas tidak lama lagi.

"Bila (mesyuarat) itu saya tak tahu. Tapi buat masa ini, kita belum buat keputusan lagi. Surat (pemecatan) sudah dihantar kepada Hasan Ali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat sebagai anggota PAS berkuat kuasa serta merta kerana didakwa bertindak melanggar kepentingan parti.

Mahfuz berkata, Hasan masih mempunyai peluang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS jika tidak berpuas hati dengan pemecatan beliau.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Hassan Ali dipercayai tidak menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini kerana beliau sedang bercuti. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan portfolio Hasan itu.

"Mesyuarat Exco hari ini hanya berbincang mengenai program kendalian kerajaan negeri bagi faedah rakyat di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini.

Tiada ulasan: