Jumaat, 6 Januari 2012

Hasan dakwa wujud pasukan khas murtadkan Melayu

Sebuah pasukan khas yang mungkin beroperasi di dalam dan sekitar Petaling Jaya dan Kelana Jaya, ditubuhkan oleh pihak Kristian dengan tujuan untuk memurtadkan orang Melayu di Selangor, dakwa Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Katanya, pihak Kristian mendapati penganut agama Buddha, Taois dan Confucian mudah menukar agama, tetapi mendapati umat Islam, khususnya orang Melayu, sangat sukar untuk dimurtadkan.

Oleh itu, dakwanya, mereka membentuk unit khas itu untuk menarik orang Melayu di Selangor kepada agama Kristian.

Bercakap dalam from anti-murtad anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Al-Hassanah di Bangi malam tadi, Dr Hasan mendakwa unit khas itu dianggotai sukarelawan Kristian yang sangat berdedikasi dan komited dari seluruh dunia.

Menurutnya, sukarelawan dari Korea, Australia, Switzerland, dan dari seluruh dunia itu, dengan sukarela tinggal di sini selama sekurang-kurangnya satu tahun.

Sukarelawan tersebut, dakwanya lagi, berkelayakan tinggi, termasuk lulusan PhD dan sarjana dalam mata pelajaran teologi dan disiplin keilmuan seperti kejuruteraan atau perubatan, dibantu oleh satu rangkaian rakan-rakan mubaligh di seluruh negara, serta mempunyai sumber pembiayaan tanpa had serta kepakaran dalam alatan psikologi untuk memurtadkan orang Islam.

Tiada ulasan: