MSO
Salah seorang orang lama Umno yang masih aktif melontarkan pandangan untuk perbaiki partinya dan juga tidak pernah beradu mengkritik dan menyinis Pas, sedari remaja hingga ke tua, Dusuki Ahmad (foto) pagi ini menerusi 'muka bukunya' memberi pandapat supaya nama mana-mana parti yang menggunakan nama agama menukar nama parti mereka supaya tidak mengelirukan orang ramai.
Idea beliau ini tumbuh setelah melihat kepada perwujudan parti-parti politik di Mesir yang tidak menggunakan nama Islam.
Pandangan Dusuki itu jelas ditujukan kepada Pas kerana Paslah satu-satu parti yang menggunakan Islam sebagai partinya. Parti Pas ialah Parti Islam Se Malaysia.
Hujah dan alasan diberikan Dusuki bagi mengelakkan orang ramai jadi terkeliru sebab ada setengah menganggap petua politik dianggap sebagai petua agama. Begitulah pandangan orang yang memisahkan pegangan agama dengan pegangan perjuangan (politik).
Pemisahan ini dipersoal sebagai sesat oleh sesetengah ulamak dan rosak aqidahnya. Tanggapan Dusuki itu juga meletakkan betapa rendahnya pengetahuan orang ramai terhadap pemahaman agama. Apa yang dia fikir sebelum ini orang menerima Pas kerana beranggapan Pas asalah agama.
Pandangan agar nama Pas itu ditukar adalah cadangan bermusim dan sudah berlaku sejak lama dulu. Umno begitu takut sekali dengan nama Islam yang dikandungi Pas. Alasan seperti Dusuki katakan itu untuk mengelak kekeliruan. Satu masa Umno menuduh Pas menggunakan Islam sebagai topeng. Umno tuduh Pas memperalatkan Islam untuk kepetingan perjuangan diambil kira seperti mana Umno memperdagangkan Melayu sebagai modal perjuangannya. Umno atau Dusuki tidak boleh menganggap kalau Umno berbuat jahat atau munafik maka begitu juga dengan Pas.
Saya bersetuju memang ada kalanya Pas terlebih menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya. Pas pernah mengatakan Umno kafir dan jelas itu satu kesalahan. Tetapi sikap dan pandangan itu sudah berubah dan tiada lagi isu-isu mengkafir orang Umno.
Tetapi, namun pun begitu tidak semuanya seperti yang ditanggapi oleh Umno itu. Peratus memperalatkan agama oleh Pas itu tidak sampai 10 peratus, dan nilainya jauh lebih rendah dari nilai Umno memperalatkan bangsa. Kalau Pas bercakap berlandaskan Islam menguatkan hujah menggunakan Quran dan Hadith itu adalah kewajiban kerana Pas mengambil Islam sebagai landasan.
Berbeza dengan Umno yang mengambil bangsa sebagai modal. Masakan Pas ingin memetik kenyataan atau pun madah orentalis, atau perjuangan kebangsaan dalam menguatkan hujah-hujahnya bagi menyakinkan rakyat dengan perjuangan mereka. Tentulah Pas kena baca ayat-ayat Quran, hadith dan mengambil petikan para ulamak.
Cita-cita Pas yang termaktub dalam perlembagaan ialah hendak menerapkan nilai-nilai Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk soal-soal muamalat, munakahat, amal ibdat dan sebagainya.
Sebelum ini Umno menerusi kerajaan yang dikuasainya pernah mengharamkan penggunaan kalimah Allah dan Muhammad yang digunakan Pas. Selepas itu diharamkan pula lambang Pas - bulan bintang. Nampak sekali Umno takut kepada lambang-lamabng Pas. Kerana ketakutan itu maka Umno diangap sebagai anti Islam.
Bagi saya tidak perlu mencadangkan Pas membuang perkataan Islam. Biarkan Pas menggunakannya. Islam atau tidak perjuangan Pas bukan terletak kepada lambang dan nama. Ia akan dinilai kepada pengisian perjuangan dan praktikal para pemimpinnya. Ditenguk kepada kerajaan yang dibangunkan. Begitu juga Melayu atau tidak Umno sejauh mana parti itu memperjuangkan Melayu keseluruhannya. Perjuangan bukan setakat jadi atas slogan dan motto saja.
Dusuki tidak perlu mencadangkan Pas membuang perkataan Islam tetapi yang afdal meminta Umno memasuki perkataan Islam atau ad-den dalam nama partinya. Saya cadangkan Umno boleh tukar Malay kepada Muslim, jadi United Muslim Nastional Organisation (Umno).
Kenapa harus takut? Alasan diberikan kononnya Umno tidak mahu munafik, tidak mahu memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Tetapi sedarkan Umno ia sekarang berada dalam kemunafikan bila mana memperalatkan bukan saja nama Melayu tetapi kemudahan-kemudahan kerajaan juga digunakan untuk kepentingan Umno. Polis, askar, SPR semuanya digunakan untuk kepentingan Umno.
Hampir seluruh agensi kerajaan digunakan Umno. Wang kerajaan juga digunakan untuk kepentingan Umno. Apakah itu bukan muanfik? Kalau Umno ikhlas di atas apa yang dikatakan itu nah, Umno kena berhenti menggunakan segala kemudahan rakyat untuk Umno kerana itu adalah munafik nyata.
Saya harap Dusuki tidak muanfik dalam hal ini. Dan janganlah kerana kita diberikan peluang untuk mendapat gaji dan upahan dengan jawatan-jawatan tertentu maka kita sanggup membuang ilmu kita atau pun rela menjadi keldai perut labuh. Orang tidak pertikaikan kalau penipuan, pembohongan dan aduk dumba dilakukan oleh bukan ahli agama, tetapi kalau mereka yang fasih dalam agama juga bersikap begitu amatlah dikesali. Lebih dikesali lagi daripada perbuatan menteri menggunakan wang zakat untuk kepentingan diri sendiri.
Kesimpulannya cadangan yang dilontar Dusuki itu merupakan rentetan kebimbangan kepada pengaruh Pas. Sudah lama Dusuki dan kuncu-kuncunya mahu menghampuskan Pas tetapi Pas tetap juga hidup malahan paling mencemaskan lagi apabila Pas kini turut sama disokong oleh bukan Melayu satu keadaan yang tidak pernah terfikir oleh otak Dusuki sebelum ini. Inilah mungkin yang menyebabkan fikirannya serabut terpaksa mengemukakan semula cadangan lapok itu.
Percayalah Pas tidak akan mudah mati walaupun serangan bertalu-talu ke atasnya kerana ia adalah parti politik yang cuba memenuhi tuntutan Allah sekurang-kurangnya berani meletakkan tanggung kepada agama dalam perlembagaan tidak seperti Umno. Sudah janji Allah Dia akan membantu kerja-kerja ke jalan-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan