Ahad, 8 Januari 2012

DAP Terajui Kempen PRU ke-13 di Sarawak dan Sabah

Oleh Sheridan Mahavera


SHAH ALAM: DAP mahu menerajui kempen Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak pada pilihanraya umum yang akan datang dalam usaha membawa gagasan itu kepada menguasai Putrajaya.

Oleh itu, parti itu mesasarkan 18 kerusi Parlimen yang perlu dimenang di Sabah dan Sarawak bagi memastikan Pakatan mempunyai cukup kerusi di dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan pusat.

Sabah dan Sarawak menyumbang 56 daripada 222 kerusi Parlimen di dalam Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP Sarawak akan menyahut cabaran untuk mengepalai kempen Pakatan di Malaysia Timur.

Di dalam pilihanraya Sarawak pada April tahun lepas, DAP merekodkan pencapaian terbaik di antara parti-parti Pakatan apabila ia memenangi 16 kerusi di dalam dewan undangan negeri itu.

"Untuk Sabah dan Sarawak, DAP perlu menang sekurang-kurangnya 1/3 atau 18 kerusi Parlimen. Pada PRU-12, DAP hanya menang 2 daripada 56 kerusi Parlimen dan perkara ini merupakan handikap yang terlalu besar kepada Barisan Nasional," katanya dalam ucapan pembukaannya di mesyuarat agung DAP di sini hari ini.

"DAP boleh membantu dengan memenangi sebahagian besar daripada 18 kerusi itu. Oleh kerana kita lebih kuat di Sarawak berbanding Sabah, DAP Sarawak akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk mencapai Putrajaya dalam PRU akan datang.

"DAP Sarawak sudah pun menerima cabaran yang dilontarkan saya untuk menerajui kempen di Malaysia Timur. Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng akan membentangkan laporan khas untuk membantu PR mencapai 18 kerusi dalam PRU yang akan datang," katanya.

Pengundi Sabah dan Sarawak adalah antara tiga kumpulan pengundi yang akan diberi tumpuan DAP kerana mereka merupakan penentu di dalam pilihanraya ke-13.

Kumpulan yang lain adalah pengundi hantu dan pengundi muda.

PRU-13 bakal menyaksikan 2 juta orang pengundi baru - jumlah terbesa dalam sejarah yang bakal menjadi penentu dalam membawa perubahan kepada negara.

Tiada ulasan: