Jumaat, 28 Oktober 2011

TNB umum kerugian bersih RM453.9j suku keempat

MALAYSIA KINI

Tenaga Nasional Bhd mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.

Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan asas sukuan, perolehan meningkat 17.4 peratus kepada RM9.120 bilion, sebahagian besarnya hasil daripada impak pelarasan tarif berkuatkuasa 1 Jun.

TNB berkata suku keempat menyaksikan penyusutan margin EBITDA, berikutan kos penjanaan tenaga yang lebih tinggi tinggi dan penggunaan minyak dan sulingan.

Impak pelarasan tarif tidak mencukupi untuk menampung kos bahan api yang tinggi, katanya.

Bagi setahun penuh, kumpulan itu mencatat peningkatan 6.2 peratus jumlah perolehan kepada RM32.206 bilion.- Bernama

Tiada ulasan: