Selasa, 18 Oktober 2011

Perumahan dan Kenderaan: Bukan soal pinjaman, tapi harga yang terlalu tinggi

William Leong Jee Keen


Yang Berhormat Tan Sri/Dato Yang Di Pertua,

1. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Di Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam pembahasan Bajet 2012.

Isu Pertama: Kemelesatan Ekonomi Dunia

2. Bajet 2012 bercadang menyediakan peruntukan belanjaan RM232.8 billion. Dari segi kutipan hasil Kerajaan anggarkan RM186.9 billion dan dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, Kerajaan jangka defisit bajet untuk 2012 adalah 4.7%. Mengikut Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2012 di muka surat 7 jumlah hasil di jangkaan daripada pertumbuhan yang kukuh sebayak 5.0% sehingga 6% dalam tahun 2012.

3. Yang Berhormat Perdana Menteri dalam perenggan 9 ucapan Bajet 2012 menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 dianggar berkembang 5% hingga 5.5%.

4. Beliau berkata bagi tahun 2012 pula prospek ekonomi global dijangka lebih mencabar. Tabung Kewangan Antarabangsa telah menyemak semula pertumbuhan ekonomi dunia kepada 4% dan perdagangan dunia kepada 5.8%. Anggaran pertumbuhan ekonomi negara dibuat selepas mengambil kira kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, tekanan inflasi akibat kenaikan harga komoditi, krisis hutang negara Eropah serta perdagangan dunia yang lebih perlahan. Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2012 boleh meningkat di antara 5% hingga 6%.

5. Kerajaan membuat jangkaan ini dengan mengambil kira ekonomi domestik terutamanya pelaburan swasta dan awam diunjurkan meningkat 15.9% dan 7%, peningkatan pelaburan langsung asing, pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Penggunaan swasta diunjur meningkat 7.1% berikutan peningkatan pendapatan boleh guna dan prospek pekerjaan yang lebih positif.

6. Saya meminta Kerajaan untuk mengkaji jangkaan semula dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi rakyat daripada kesan negatif krisis ekonomi dunia yang pasti akan menimpa semua negara termasuk negara kita.

7. Beberapa pakar ekonomi tidak bersetuju dan mempertikai anggaran Kerajaan. RHB Resarch Institute mengumumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan kemungkinan perlahan setakat 3.6% berbanding paras 4.3% dianggarkan tahun ini ekoran risiko kemelesetan global berganda yang mendalam. Anggaran pertumbuhan unit RHB yang dikeluarkan kemarin jauh lebih rendah berbanding anggaran 5% - 6% diramalkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012.

8. RHB juga berkata bahawa risiko kemelesetan global berganda yang mendalam sangat tinggi dan semakin meningkat memandangkan kedua-dua, Amerika Syarikat dan Eropah, tidak boleh menerima satu lagi kejutan. Meskipun boleh mengelakkannya jika pemimpin-pemimpin mereka bertindak dengan segera untuk menangani krisis hutang dan menghindari pengeluaran yang boleh menjejaskan terus keyakinan.

9. Malah penyelidikan itu juga menjangkakan sektor business akan memotong perbelanjaan ekoran persekitaran tidak menentu meskipun sebahagian pertumbuhan akan datang hasil perlaksanaan program transformasi ekonomi.

10. Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka menurun lagi sehingga 4.6% pada 2012 selepas perlahan ke paras anggaran 5.7% tahun ini.

11. Eksport dijangka akan mengalami pertumbuhan sekitar 1.1% berbanding 3.4% tahun ini ekoran penurunan permintaan luar bagi barangan elektrik dan elektronik ("E&E").

12. Permintaan domestik dianggarkan akan mengalami pertumbuhan pada kadar rendah 5.1% pada tahun depan berbanding anggaran 5.8% pada 2011.

13. Selain daripada RHB adalah beberapa unit penyelidikan ekonomi bank-bank yang lain juga tidak menerima anggaran bajet kerajaan. Bank of America Global Resources meramalkan pertumbuhan adalah hanya 4.2%, Maybank Investment Bank 3.5-4%, CIMB Investment Bank 3.8%. Malaysan Institute of Economic Research ("MIER") juga menyatakan bahawa sukar tumbuhan KDNK akan dapat mencapai 5% tahun depan melihat keadaan yang semakin lama semakin lebap di Amerika Syarikat dan Eropah. MIER mendapat pertumbuhan untuk 2012 adalah 4.6% KDNK.

14. Pada pandangan saya, anggaran yunit-yunit penyelidikan ekonomi bank-bank berasas:-

a. Malaysia adalah Negara perdagangan dan ekonomi yang terbuka (dengan izin "an open economy") dan ekonomi kita bergantung kepada eksport. Yang terbesar eksport adalah pembuatan terutamanya eletrik dan elektronik ("E&E"):-
i. Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun adalah negara-negara yang negara kita mengeksportkan sebahagian yang besar. Mengikut Laporan Ekonomi Tahunan 2011/2012 di muka surat xxiii barangan pembuatan yang Malaysia ekspot untuk tahun 2010 kepada China adalah 14%, Kesatuan Eropah 12.8%, Amerika Syarikat 12.2% dan Jepun 7.4%;
ii. Untuk 2011 adalah China 13.2%, Kesatuan Eropah 13.2%, Amerika Syarikat 11.0% dan Jepun 7.8%;
iii. Angka-angka ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak mungkin boleh tukar eksport daripada Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun kepada China atau oleh pasaran domestik;

b. Kadar pertumbuhan perusahaan ("manufacturing growth rate") bagi suku tahun pertama ini adalah 5.5% dan ini telah menurun sehingga 2.1% untuk suku tahun kedua ekoran krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah. Export adalah sektor yang menjana sebahagian besar dalam KDNK. Negara kita mengeksportkan sebahagian besar kepada Amerika Sysarikat dan Eropah. Dengan keadaan kewangan di dua kawasan ini, saya berpendapat Negara kita tidak mungkin boleh menggantikan kesemua eksport ke Amerika Syarikat dan Eropah ke Cina atau pasaran domestik;

c. Tabung Kewangan Antarabangsa ("IMF") dalam laporan Oktober 2011 melaporkan bahawa krisis kewangan di Amerika Syarikat dan Eropah akan mengadakan impak negatif di Asia.

15. Oleh yang demikian ada orang yang memanggil Bajet 2012 dengan izin "overly optimistic" tetapi ada pula memangil Bajet ini sebagai "impossibly optimistic". Oleh sebab terdapat pakar pakar ekonomi yang tidak dapat menerima anggaran Kerajaan dalam Bajet 2012, nampaknya bukan sahaja kita mengadakan defisit bajet tetapi juga ada defisit kredibiliti.

16. Ini bukan kali pertama ramalan Kerajaan bercanggah dengan ramalan pakar ekonomi penyelidikan bank-bank. Saya masih ingat dalam perbahasan bajet 2009 pada bulan Ogos 2008, ahli-ahli dan rakan rakan saya di sebelah dewan yang mulia ini meminta Kerajaan untuk mengambil kira impak negatif kepada ekonomi Malaysia yang pada waktu ini bermula dengan masalah sub-prime di Amerika Syarikat. Kerajaan menafikan masalah ini akan memberikan kesan negatif kepada Negara kita. Dua bulan selepas itu, pada bulan Oktober semua anggar dan anjuran tidak boleh diguna lagi. Negara kita sudah ditimpa dengan kemelesetan ekonomi. Kerajaan pada akhirnya bercadang untuk mengadakan dua, bukan satu tetapi dua pakej rangsangan ekonomi. Pada mulanya pakej sebanyak RM7 billion dan bila ini tidak mencukupi, pakej kedua sebanyak RM 60 billion.

17. Pada masa pakej kedua dapat dilaksanakan kesan negatif telah menimpa dan rakyat telah merasai kepahitan kemelesetan ekonomi.

18. Hari ini kita mendengar hujah yang sama seperti yang dibuat pada 2008 bahawa kesan krisis kewangan dunia tidak akan memberikan kesan yang besar kepada Negara kita. Saya bimbang sekali lagi seperti pada 2008, bila Kerajaan tersedar kebanyakan penduduk penduduk Negara kita telah terkorban.

19. Oleh yang demikian, saya merayu kepada Kerajaan untuk mengkaji semula dengan teliti anggaran pertumbuhan dan juga hasil pendapatan untuk tahun 2012. Jikalau anggaran Kerajaan tidak tepat adanya kesan negatif yang besar kepada negara. Kerajaan seharusnya mengambil pendekatan yang menunjukkan sikap berhati-hati dan berwawasan dan mengambil peluang ini untuk mengambil langkah-langkah yang sewajar pada masa ini untuk melindungi rakyat. Kerajaan seharus tidak boleh menunggu sehingga kemelesetan ekonomi menimpa rakyat sebelum mengambil tindakan. Pada waktu itu sudah terlewat untuk mengambil tindakan untuk mengelakkannya.

Langkah Melindungi Rakyat dari Kemelesatan Ekonomi


20. Saya meminta Kerajaan memberikan penjelasan apakah langkah yang disediakan untuk menyelamatkan perusahaan dan industri akibat kemelesatan kewangan dunia. Apakah langkah dicadangkan untuk menyelamatkan kerja. Apakah Kerajaaan akan boleh buat untuk membantu mereka yang akan hilang kerja dan pendapatan mereka atas sebab krisis ekonomi dunia ini.

Undang-undang yang Terhad Jumlah PinjamanKerajaan

21. Terdapat dua akta yang menghadkan jumlah hutang kerajaaniaitu seksyen 3(3) Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Berdasarkan kedua akta ini, jumlah terkumpul hutang kerajaan tidak boleh melebihi 55% dari Keluaran Dalam Negara Kasar ("KDNK") bagi tujuan pembangunan.

22. Mengikut Laporan Bank Negara Malaysia ("BNM"), angka hutang Negara setakat suku kedua ini iaitu sehingga Jun lalu, sudah melebihi 53% dari KDNK. Kerajaan adalah dihadkan untuk meminjam 2% KDNK. Mengikut Bajet 2012 Kerajaan mencadang meminjam 46 billion ia itu 4.7% KDNK. Oleh yang demikian, rupanya, Kerajaan tidak boleh meminjam 46 billion kerana melanggarundang-undang.

23. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab:-
a. Adakah Kerajaan dihadkan dan tidak boleh meminjam melebihi 53% dari KDNK;
b. Berapa dari pada hutang kerajaan sehingga ketika ini adalah untuk pembangunan;
c. Adakah Kerajaan meminjam untuk bayaran pengurusan;
d. Adakah Kerajaan bercadang untuk meminta Dewan Rakyat menaikkan jumlah hutang kerajaan lebih tinggi daripada 53% kerana kalau ini tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, Kerajaan tidak boleh meminjam lebih dari55% KDNK.

GST

24. Mengikut Laporan Anggaran Kerajaan Persekutuan hasil yang Kerajaan meramalkan tidak mengambil kira perubahan kepada cukai yang Kerajaan bercadang akan dibuat dalam Bill Kewangan untuk sessi ini. Ini termasuk Bill Cukai Barangan dan Perkhidmatan ("GST"). Apakah anggaran hasil Kerajaan akan dapat mengutip dari pada GST?

Isu Kedua - Pelaburan Domestik secara langsung ("Direct Domestic Investment")

25. Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pelaburan swasta domestik akan memainkan peranan yang penting di dalam rancangan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Namun begitu, Perdana Menteri di dalam seminar Pelaburan Domestik pada 15 September berkata bahawa Malaysia memerlukan pelaburan domestik berjumlah RM 940 billion dalam masa 10 tahun dengan purata pelaburan domestik RM94 billion setahun untuk mencapai status pendapatan tinggi pada 2020.

26. Yang Berhormat Perdana Menteri telah berkata bahawa pelaburan domestik yang dicapai sehingga tahun ini adalah jauh daripada sasaran tahunan. Pelaburan domestik di dalam sektor perusahaan dari Januari sehingga Julai 2011 hanya berjumlah RM15.9 billion sementara pelaburan di dalam sektor perkhidmatan adalah RM11 billion.

27. Kekurangan pelaburan domestik adalah atas beberapa masalah tertentu. Kerajaan hendak mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebelum pelaburan domestik dapat meningkat. Mengikut laporan World Bank pada September 2011, bulan lalu, bahawa kadar pelaburan tempatan masih rendah atas sebab masalah infrastruktur, pendidikan, kekurangan kemahiran dan pekerja mahir. Antara sebab yang dinyatakan di dalam Laporan Bank Dunia sebagai masalah Malaysia ialah kekurangan daya persaingan kerana empat dekad program tindakan afirmatif (atau dengan izin "affirmative action programmes"). Laporan CIMB melaporkan bahawa syarikat Malaysia pada suku tahu kedua melabur sebanyak RM6.2 billion di luar negara dan ini melebihi RM5.9 billion FDI yang masuk. Masalah mengenai pelaburan tempatan boleh diringkaskan seperti yang berikut:-

a. Kerajaan hendak memansuhkan monopoliyang telah diberikan kepada GLC dan syarikat-syarikat yang tertentu;
b. Kerajaan hendak mengadakan sistem tender terbuka untuk kontrak;
c. Kerajaan hendak memberikan tumpuan kepada meritokrasi.

28. Saya merujuk kepada contoh yang digunakan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri untuk menunjukkan masalah yang dihadapi jikalau dasar meritokrasi tidak diamalkan. Yang Berhormat Perdana Menteri dalam perenggan 103 Ucapan Bajet 2012 mengata bahawa Kerajaan hendak menggalakkan kreativiti. Beliau bertanya kalau Kerajaan tidak membantu mereka yang mempunyai idea-idea kreatif, adakah idea orang-orang seperti Bill Gates, mendiang Steve Jobs, Michael Dell, adik-beradik Wright, Thomas Edison boleh berjaya.

29. Saya hendak menarik perhatian kepada apa yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri dalam perenggan 103 Ucapan beliau, iaitu, bolehkah idea-idea seperti idea Bill Gates dan lain-lain dapat dijayakan kalau sistem tidak memberikan nilai kepada meritokrasi.

30. Mengikut satu artikel yang diterbitkan oleh Malaysia Insider pada 19 Ogos 2011 bahawa pentadbiran Yang Berhormat Pekan hanya akan memberikan tumpuan kepada meritokrasi di antara persaingan bumiputera. Mengikut artikel itu yang diterbitkan Yang Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa: "Without meritocracy we will be a nation of mediocrity. Mukanya kita tidak mengejar excellence."

Namun bagitu Yang Berhormat Perdana Menteri berkatakan bahawa masa belum sampai untuk kerajaan melaksanakan dasar "meritokrasi" untuk semua lapisan masyarakat.

31. Oleh yang demikian, saya meminta Yang Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan tentang dasar pentadbiran beliau tentang isu meritokrasi ini dan slogan Satu Malaysia.

32. Selain daripada itu saya juga minta Kerajaan memberikan penjelasan atas langkah dan status program untuk menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi. Pada pandangan saya kerajaan hendak mengambil tindakan untuk membina dan menambah lagi banyak warganegara dan penduduk menjadi kelas tengah ("middle kelas"). Ini melibatkan pertamanya amalan gaji minima dan kedua ialah melaksanakan dasar "kebebasan persaingan" (dengan izin "Freedom of Competition") Hanya dengan ada kebebasan untuk bersaing barulah pekerja serta peniagaan meningkatkan taraf kebolehan, kemahiran mereka dan dengan itu menaikkan taraf pendapatan.

33. Satu perkara lain yang berikat kepada isu ini adalah untuk Kerjaan memansuhkan syarat-syarat dalam lesen yang dikeluarkan di bawah Industrial Co-ordination Act kepada pelabur tempatan. Syarat-syarat ini telah dibeku atau tidak lagi terpakai kepada pelabur asing semenjak tahun 1986. Saya mendapat bahawa masa telah sampai untuk syarat-syarat ini dimansuhkan juga untuk pelabur tempatan.

Isu Ketiga - Kos sara hidup yang tinggi

34. Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 telah mengumumkan Kerajaan bercadang membuat beberapa pemberian tunai secara "one-off" atau sekali sahaja yang di antaranya bayaran seperti yang diikut:-

a. Bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulan RM3,000 dan ke bawah yang melibatkan peruntukan RM1.8 billion;
b. Bantuan persekolahan RM100 diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang melibatkan peruntukan RM530 juta
c. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi melibatkan peruntukan RM260 juta;
d. Bayaran RM500 kepada penjawat awam dan bayaran RM500 kepada pesara yang melibatkan peruntukan RM260 juta;
e. Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 kepada penjawat awam dan RM500 kepada pesara yang akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara kerajaan yang akan menelan RM4 billion;
f. Sumbangan sebanyak RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka berjumlah 62,000 orang melibatkan peruntukan RM186 juta.

35. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan atas cadangan membuat bayaran tersebut kerana apa jua yang boleh membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah yang bersengsara kerana kenaikan kos sara hidup memang akan sangat dialu-alukan. Namun begitu, saya berpendapat bahawa bayaran tersebut tidak akan dapat membantu rakyat untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari.

36. Jumlah peruntukan untuk bayaran kepada hanya enam golongan ini sudah melebihi RM7.04 billion. Ini hendak dibandingkan dengan jumlah subsidi bahan makanan asas seperti yang dinyatakan dalam perenggan 70 ucapan Perdana Menteri di mana keseluruhan subsidi bahan makanan asas menelan belanjaan RM2.3 billion. Ini bermakna bayaran one-off sebanyak RM7.04 billion ini lebih tiga kali ganda daripada jumlah subsidi makanan asas. Bayaran one-off memang akan dialukan oleh golongan tersebut tetapi bayaran ini tidak akan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi. Antara sebab kos sara hidup tinggi adalah harga bahan makanan asas yang tinggi. Beberapa syarikat menikmati monopoli di dalam perniagaan edaran makanan dan bahan keperluan.

37. Syarikat yang menikmati monopoli mengedarkan beras adalah seperti Bernas, pemain dominan untuk gula seperti Tradewinds dan Felda Global Ventures.

38. Saya meminta Kerajaan untuk memberi penjelasan mengapa Kerajaan memansuhkan monopoli-monopoli ini dan memberikan beberapa syarikat untuk masuk ke dalam perniagaan ini dengan adanya persaingan ("competition") harga barang akan dapat dikawal mengikut kehendakpasaran ("market forces").

Isu Keempat -Pekerja Asing

39 Kerajaan bercita-cita Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk mencapai sasaran ini, negara kita tidak boleh terus bergantung kepada buruh yang berkemahiran rendah ("low skill labour") dan industri yang menggunakan buruh intensif. Kerajaan telah menjalankan Program 6P (Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin) untuk mendaftar pekerja asing yang jumlah lebih daripada 2.3 juta. Mengikut Laporan Ekonomi 2010/2011, 1.8 juta pekerja asing telah didaftar dan kemungkinan ada 2 juta yang tidak berdaftar. Daripada 1.8 juta yang didaftar: 38.2% adalah di sektor perusahaan, 16% construction atau pembinaan, 14.2% peladang. Mereka terdiri daripada 50.9% Indonesia, 17% Bangladesh, 9.7% Nepal, 7.8% Myanmar, 6.3% India dan 4.2% Vietnam.

40. Ada penganalisa yang berkata pekerja asing dengan gaji yang rendah membolehkan syarikat kami untuk bersaing dengan negara perusahaan kos rendah. Ada pengkaji ekonomi yang lain yang berpendapat bahawa syarikat-syarikat tempatan tidak akan berinovasi dan meningkatkan kecekapan kalau Kerajaan meneruskan dasar membenarkan pekerja asing di negara kita.

41. Saya meminta Kerajaan untuk mengkaji cara untuk mengurangkan kegantungan syarikat-syarikat tempatan kepada pekerja asing dan mengambil tindakan untuk menaikkan taraf kemahiran pekerja menuju kepada pendapatan tinggi.

42. Jumlah pekerja asing sehingga Disember 2010 merangkumi 15.2% daripada tenaga kerja. Kerajaan hendak terus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing kurang mahir. Kerajaan hendak menetapkan sesuatu jadual untuk kebergantungan kepada pekerja asing ini dikurangkan.

43. Saya juga meminta Kerajaan untuk melaksanakan gaji minima sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini. Dengan melaksanakan dasar gaji minima saya yakin masalah kebergantungan kepada pekerja asing akan diatasi serta memberikan insentif untuk majikan membuat innovasi untuk menambahkan produktiviti setiap pekerja.

Hutang Isi Rumah

44. Jumlah hutang isi rumah telah naik daripada 66.7% KDNK kepada 77% KDNK pada masa ini. Ini adalah tertinggi di Asia selain daripada Jepun. Pinjaman perumahan adalah lebih daripada 50% pinjaman dan pinjaman sewa beli kereta adalah lebih kurang 30%.

45. Pinjaman perumahan dan kereta yang tinggi adalah sebab harga tinggi rumah dan kereta. Rakyat hendak membeli kereta kerana tidak ada sistem pengangkutan awam yang baik. Kerajaan dalam bajet ini bercadang untuk membantu rakyat tertuamanya pemuda untuk meminjam. Dengan cara ini tempoh bayaran telah dilanjutkan sehingga 30 tahun.

46. Masalah bukan pinjaman tetapi harga yang tinggi. Saya menyeru kepada Kerajaan untuk mencari cara untuk mengada rumah berharga munasabah ("affordable housing") dan juga sistem pengangkutan awam yang berkesan.

Sekian, Terima Kasih.

*Ucapan perbahasan Belanjawan 2012 oleh William Leong Jee Keen (gambar kanan) selaku ahli parlimen Selayang.

Tiada ulasan: