Khamis, 6 Oktober 2011

Pengerusi PSC dihentam buat kenyataan tentang BERSIH

S Pathmawathy


Ahli parlimen Pakatan Rakyat menghentam pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya, Datuk Maximus Ongkili kerana membuat kenyataan BERSIH tanpa berbincang dengan anggota PSC yang lain.

NONESemalam, Ongkili (kiri) telah berkata memandangkan BERSIH telah
diisytiharkan haram di bawah Akta Pertubuhan sebelum perhimpunan 9 Julai 9, maka ahli-ahlinya boleh mengambil bahagian dalam perbincangan sebagai individu, dan bukan sebagai wakil gabungan tersebut.

Wakil Pakatan dalam PSC, Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Anthony Loke (DAP-Rasah), berkata Ongkili mungkin patut mengendalikan sendiri semuanya jika beliau mahu membuat keputusan seumpama itu.

Dr Hatta berkata, walaupun Ongkili seorang menteri, beliau juga sama seperti mereka dalam jawatankuasa berkenaan.

pas muktamar 130610 hatta ramli 2Menurutnya, menteri sains, teknologi dan inovasi itu sepatutnya berbincang dengan semua sembilan anggota jawatankuasa tersebut sebelum bercakap dalam sidang akhbar semalam.

Dr Hatta (kiri) berkata, Ongkili menolak BERSIH sebagai pihak
berkepentingan dalam perkara itu.

Katanya, ia bukan perkara besar tetapi keputusan itu dibuat oleh Ongkili seorang sahaja.

Sedangkan, tegas Dr Hatta, mesyuarat pertama PSC pun belum lagi diadakan untuk memutuskan peraturan-peraturan yang akan tetapkan dan perkara-perkara lain.

azlanSelain Dr Hatta dan Loke, seorang lagi wakil Pakatan ialan timbalan

presiden PKR. Azmin Ali. Manakala Konsensus Bebas diwakili ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Di samping Ongkli selaku wakil bagi Sabah dan Kadazan), empat lagi wakil BN ialah Datuk Alexander Nanta Linggi (Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Umno dan Melayu), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (MIC dan India).

[Baca berita penuh]

Tiada ulasan: